Translate

19 April 2018

Pengulas Sukan di Sukan Commonwealth terpegun dengan laungan azan tetapi terkejut apabila mendapati ia untuk sebuah persembahan hiburan.



Pengulas sukan berang azan disusuli tarian separuh bogel

FMT Reporters | April 19, 2018

FREE MALAYSIA TODAY



Dia akui terpegun dengan laungan azan tetapi terkejut apabila mendapati ia untuk sebuah persembahan hiburan.




Pengulas sukan di saluran Astro Arena, Akbar Saharie berkongsi pengalaman mengecewakan apabila dia terserempak dengan sebuah persembahan di mana azan dijadikan intro untuk tarian separuh bogel.

Pada awalnya dia akui terpegun kerana didengarkan laungan azan di atas pentas yang dibina di tengah-tengah pekan kecil di Broadbeach, Australia tetapi terkejut apabila mendapati ia untuk sebuah persembahan hiburan.

“Saya sangat marah dan kesal terhadap rasa tidak hormat kerajaan tempatan membiarkan artis mereka ini menghina agama Islam. Laknatlah engkau wahai kaum kafir!!!” tulisnya bersama video yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya.



Dia juga mendakwa walaupun terpegun pada awalnya, dia juga sangsi apabila azan dilaungkan di luar waktu sembahyang, iaitu sebelum waktu Zohor.

“Saya dalam perjalanan ke IBC untuk kerja dan terdengar laungan azan. Saya ingat ia dilakukan secara jujur tetapi terkejut apabila mendapati ia digunakan sebagai ‘muzik’ intro sekumpulan penari bogel membuat persembahan.

“Keliru bagaimana ia diluluskan atau tidak dipedulikan apatah lagi merupakan sebahagian Festival 2018 bersempena Sukan Komanwel,” tambahnya lagi.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED