Translate

09 April 2018

Pasangan Suami Isteri Daripada Iran menyamar sebagai polis antarabangsa ditangkap Polis







MKL Crimedesk

Published on 6 Apr 2018


JENAYAH MINGGU INI.


MENYAMAR SEBAGAI POLIS ANTARABANGSA SEBELUM MENYAMUN. ITULAH PERBUATAN SEPASANG SUAMI ISTERI YANG BERTINDAK MENYAMUN 21 PELANCONG WARGA ASING DI IBU KOTA SEJAK TIGA BULAN LALU. 

BAGAIMANAPUN, PERBUATAN MEREKA ITU MENGUNDANG PADAH APABILA BERJAYA DIBERKAS PASUKAN POLIS DARI JABATAN SIASATAN JENAYAH (JSJ) IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) DANG WANGI, 26 MAC LALU. 

KETUA POLIS DAERAH DANG WANGI, ASISTEN KOMISIONER SHAHARUDIN ABDULLAH BERKATA, SUSPEK YANG JUGA WARGANEGARA IRAN TIBA DI NEGARA INI PADA JULAI TAHUN LALU SEBAGAI PELANCONG. MENURUNYA, 

PASANGAN SUAMI ISTERI BERKENAAN BERTINDAK MELAKUKAN KEGIATAN JENAYAH DENGAN MENYAMAR SEBAGAI POLIS ANTARABANGSA DAN MENYASARKAN PELANCONG ASING SEBAGAI MANGSA. PASANGAN INI MELAKUKAN KEGIATAN JENAYAH BERSAMA SEORANG LAGI RAKAN. 

MEREKA INI AKTIF DI PUSAT BANDAR. MODUS OPERANDI SUSPEK IALAH DENGAN MENAHAN PELANCONG DAN AKAN MEMPERDAYA PELANCONG KONONYA PEMERIKSAAN DIJALANKAN KEATAS MEREKA SEBELUM MENYAMUN MANGSA SHAHARUDIN BERKATA, 

SEMUA SUSPEK DITAHAN DI RUMAH SEWA DI SERI KEMBANGAN DAN PEMERIKSAAN POLIS DI RUMAH BERKENAAN BERJAYA MENEMUI WANG TUNAI DARI 24 NEGARA BERNILAI RM11,400 DIPERCAYAI HASIL WANG SAMUN. 

SELAIN ITU, POLIS TURUT MERAMPAS LIMA TELEFON PINTAR DAN PELBAGAI DOKUMEN PERIBADI KATANYA, SEMUA SUSPEK KINI DITAHAN REMAN BAGI MEMBANTU SIASATAN MENGIKUT SEKSYEN 357 KANUN KESEKSAAN DAN SEKSYEN 170 KANUN KESEKSAAN.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED