Translate

04 January 2018

Den Wahab, Aziz M Osman, Datuk Jalaluddin Hassan dan ahili rombongan ke Korea Selatana membuat laporan polis selepas ditipu seorang agen pelancong



Image result for agen pelancongan tipu

“Dah La Kena Tipu, Diugut Pula” - Den Wahab

Diterbitkan: Rabu, 3 Januari 2018 5:12 PM
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pelakon Den Wahab mendedahkan individu yang menyamar sebagai wakil agensi pelancongan mengugut tidak akan membuat pembayaran semula wang berjumlah RM50,000 sekiranya dia bertindak melaporkan aktiviti penipuan itu kepada pihak polis.
Den atau Zaharuddin Abdul Wahab bagaimanapun berkata, dia bersama 22 lagi rombongan ke Korea Selatan yang ditipu tidak lagi termakan kata-kata individu tersebut dan tetap dengan pendirian untuk melaporkan perbuatannya kepada pihak berkuasa.
"Dia ada menghantar mesej melalui Whatsapp untuk ajak berbincang tetapi pada tahap ini kami merasakan tidak perlu lagi ruang berbincang kerana permintaan secara baik mendapatkan semula wang kami nampaknya tidak berhasil.
"Sudahlah kena tipu, dia juga berani mengugut kami agar tidak membuat laporan polis sekiranya ingin mendapatkan kembali wang kami.
"Kami buat laporan polis ini bukan sahaja untuk menggesa dia tampil menyelesaikan masalah tetapi ingin memastikan tiada lagi pihak yang ditipu dengannya," katanya kepada mStar Online.
Den ditemui bersama 15 ahli rombongan termasuk pengarah Aziz M Osman dan pelakon Datuk Jalaluddin Hassan selepas membuat laporan di Balai Polis Muatiara Damansara di sini pada Rabu.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/01/03/den-wahab-aziz-ditipu/~/media/d381fed5fe5f4a62a64868dbf6c984a3.ashx?la=en&h=421&w=620

Ketua Pegawai Operasi Arba Travel & Tours, Ammar Shahrin.
Terdahulu, Den dan Aziz serta keluarga mereka terkandas di Korea Selatan pada 24 hingga 28 November lalu selepas didakwa ditipu individu yang menyamar sebagai wakil agensi pelancongan.
Pada hari ketiga rombongan berada di negara itu, mereka diminta mengosongkan bilik penginapan kerana pihak agensi yang sepatutnya menguruskan mereka tidak menerima bayaran daripada individu berkenaan yang menjadi orang tengah mengendalikan percutian itu.
Malah kata Den, mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri keseluruhannya sebanyak RM40,000 bagi membeli tiket penerbangan pulang ke Malaysia kerana tiket yang diberikan kepada mereka adalah palsu.
Dalam pada itu, Den berkata, dia memberi tempoh selama seminggu kepada individu itu untuk memulangkan wang mereka atau dia akan mendedahkan butiran peribadinya kepada umum.
"Saya ada semua salinan kad pengenalan, pasport selain gambarnya dan keluarga selain bukti perbualan di Whatsapp sekiranya dia masih berdegil untuk memulangkan wang kami.
"Kami beri dia tempoh seminggu untuk berbuat demikian atau kami akan dedahkan semua hal berkaitan dengannya," kata Den.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/01/03/den-wahab-aziz-ditipu/~/media/758e6801f03a4688986682bd5d1f8ea0.ashx?la=en

Antara yang rombongan yang turut hadir buat laporan polis.
Sementara itu, Aziz pula berkata, mereka bertuah kerana pihak Arba Travel & Tours sanggup membantu meneruskan percutian di Korea Selatan walaupun mereka sendiri ditipu dengan individu tersebut.
"Baki tiga hari lagi kami di sana pihak merekalah yang menanggung semua perbelanjaan penginapan, makanan dan perkara berkaitan sebelum pulang ke tanah air.
"Jika tiada bantuan mereka entah apa nasib kami di sana tambahan pula kami semua bawa keluarga dan anak-anak," jelasnya.
Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Operasi Arba Travel & Tours, Ammar Shahrin berkata, pihaknya tidak pernah berurusan dengan individu itu sebelum ini dan percaya dengan kata-kata apabila memberitahu dia adalah pembantu kepada Aziz.
"Dia bukan ejen kami cuma dia perkenalkan diri sebagai pembantu Aziz untuk menguruskan percutian mereka di Korea.
"Tetapi kami tidak dapat proses perancangan percutian itu kerana langsung tiada bayaran dibuat kepada pihak kami.
"Bagaimanapun atas dasar kemanusian, kami tetap menghulurkan bantuan kepada rombongan agar dapat bercuti dengan selesa dan pulang ke Malaysia dengan selamat," katanya.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/01/03/den-wahab-aziz-ditipu/#yvwdwLTpVb4yAoV4.99

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED