Translate

15 January 2018

Ahli perniagaan Azlan Yahya, 47, meninggal dunia ketika mendaki di Gunung Nuang.





Mohd Azam Shah Yaacob
mohdazam@hmetro.com.my

“AYAH memang aktif aktiviti luar seperti menunggang motosikal berkuasa tinggi serta mendaki gunung, cuma tak sangka ini jadi pendakian terakhirnya,” kata Aliff, 17, anak sulung Allahyarham Azlan Yahya, 47, ahli perniagaan yang meninggal dunia ketika mendaki di Gunung Nuang, semalam.
Menurut Aliff, sudah jadi kelaziman setiap kali menjalankan aktiviti luar, bapanya berpesan supaya dia menjaga dua adik yang berusia 12 dan 11 tahun serta ibunya jika terjadi kejadian tidak diingini.
“Pesanan itu memang sering kali diucapkannya, jadi saya memang tak sangka bila ibu memaklumkan bahawa ayah jatuh gaung ketika mendaki Gunung Nuang dan meninggal dunia.


"Terus terang saya masih terkejut dan tak tahu nak cakap atau buat apa," katanya ketika ditemui di perkarangan rumahnya.
Bagaimanapun, Aliff berkata dia reda dengan takdir yang berlaku.
Sementara itu, tinjauan di kediaman Allahyarham di Taman Bukit Palma, Kemensah, Hulu Klang mendapati kenalan serta saudara mara sudah mula menziarahi sejak petang tadi.
Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah, Hulu Klang sebaik dituntut keluarga.
Dalam kejadian petang semalam, Azlan bersama rakannya dikatakan tergelincir apabila tanah yang dipijak runtuh menyebabkan dia jatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 100 meter.
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan tidak sedarkan diri sebelum rakannya yang ada bersama memaklumkan kepada pihak berkuasa.
Difahamkan, mangsa memulakan pendakian bersama rakannya pada petang Jumaat lalu dan bermalam di puncak Gunung Nuang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 January 2018 @ 9:34 PM

BEST FB KL : Al Fatihah. Dipohon agar bersama-sama kita mendoakan segala urusan berjalan lancar dan dipermudahkan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED