Video Sekumpulan Warga Asing Seronok 'Dilayan' Wanita Viral
MESKIPUN kerajaan telahpun memutuskan untuk tidak membawa masuk 1.5 juta pekerja asing dari Bangladesh berkuat kuasa serta merta pada Sabtu lalu, namun isu warga asing terus menarik perhatian pengguna media sosial.
Ini berikutan satu rakaman video yang memaparkan aksi sekumpulan warga asing yang dipercayai warga Pakistan sedang ‘berhibur’ bersama seorang wanita yang dipercayai juga merupakan warga asing tersebar di laman Facebook, sejak semalam.
Menerusi video berdurasi 1 minit 50 saat itu, wanita terbabit dilihat melakukan aksi mengghairahkan bersama sekumpulan warga asing terbabit yang sedang berbaring di atas katil di sebuah hotel.
Wanita terbabit seolah ‘merelakan’ dirinya menjadi ‘bahan mainan’ sekumpulan warga asing itu selepas dilihat membiarkan lelaki terbabit memeluknya, selain beberapa aksi lain yang tidak bermoral turut dilakukan.
Bagaimanapun, rakaman yang dimuat naik oleh di laman YouTube pada 13 Mac itu tidak menyatakan lokasi sebenar kejadian.
Berdasarkan dielek pertuturan, wanita terbabit dipercayai warga Vietnam.
- mD