Translate

26 March 2016

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid berkata beliau tidak akan mohon maaf dan tidak akan meletak jawatan berikutan kes Aminulrasyid.

Kes Aminulrasyid : "Pasal Apa Pulak Saya nak Mohon Maaf?" - KPN


25 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau tidak akan mohon maaf dan tidak akan meletak jawatan berikutan kes Aminulrasyid.

Beliau menegaskan perkara itu dalam sidang media pada Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-209 Tahun 2016, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), hari ini.

Pasal apa pulak saya nak mohon maaf? Takde, tidak, saya tidak akan mohon maaf,” katanya ketika ditanya oleh wartawan.

Selain itu, Khalid juga berkata dia tidak akan meletak jawatan berikutan desakan beberapa pihak yang mahu beliau berbuat demikian.

Semua mahu desak saya letak jawatan. Tetapi mereka bukannya bos saya.”, kata beliau yang merupakan Ketua Polis Selangor ketika kes Aminulrasyid berlaku.

Khalid berkata sedemikian mengulas kenyataan pemimpin pembangkang dan aktivis NGO yang mahu beliau bertanggungjawab atas insiden tersebut, termasuk sidang akhbarnya yang mengelirukan.

Pada pagi 26 April 2010, Koperal Jenain Subi melepaskan tembakan ke arah kereta yang dinaiki oleh Aminulrasyid di Shah Alam.

Malaymail Online melaporkan, Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dalam penghakimannya menyebut Khalid “memberikan sidang akhbar bertujuan untuk cuba menutup kesalahan dilakukan oleh Jenain”.

Keluarga Aminulrasyid Amzah, semalam menerima gantirugi berjumlah RM414,800 selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan tuntutan saman yang dikemukakan mereka terhadap polis dan kerajaan. - Siakapkeli.my
S

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Wanita 'Panjang Tangan' Ditangkap | BEST FBKL' 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Samun Bersenjata Parang Di Taska | BEST FBKL' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PERGADUHAN DI PESTA SONGKRAN DAMANSARA | BEST FBKL' 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ada kesan darah di bilik dan bilik air rumah Zayn ' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'BMW Tunjuk Samseng Block Bas | BEST FBKL' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PERGADUHAN DI PESTA SONGKRAN DAMANSARA | BEST FBKL' 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ketua polis balai bakal berdepan tindakan tatatert' 22 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PERGADUHAN DI PESTA SONGKRAN DAMANSARA | BEST FBKL' 23 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'AWAS AI Speed Trap Camera's To Begin in June - The' 50 mins ago