Translate

31 March 2016

Berkaitan kes pengantin lelaki ditumbuk yang jadi viral di media sosial baru-baru ini, satu laporan polis dibuat bagi menjelaskan isu sebenar

Pengantin Lelaki Beri Penjelasan Berkenaan Insiden Ditumbuk


BERKAITAN kes pengantin lelaki ditumbuk yang jadi viral di media sosial dalam kejadian di Masjid Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur baru-baru ini, satu laporan polis telah dibuat oleh pihak pengantin lelaki bagi menjelaskan isu sebenar yang berlaku.

Menerusi laporan polis yang dibuat oleh Nor Izzat Norazman di Balai Polis Pantai pada 26 Mac lalu menyatakan, insiden berlaku apabila abang saudara tunangnya yang tidak berpuas hati telah menumbuk mukanya.
“Semasa saya melansungkan akad nikah di Masjid Al-Khadijah, Pantai Dalam, dalam majlis akad nikah tersebut, pihak perempuan tidak mahu meneruskan majlis disebabkan baki wang hantaran belum diberi.
“Sewaktu mahu beredar abang saudara tunang saya tidak puas hati dengan keadaan tersebut dan mereka tidak bersetuju untuk melangsungkan akad nikah tersebut.
“Wang yang saya berikan kepada mereka untuk majlis tersebut sebanyak RM11,000.
“Abang saudara tunang saya buat bising dalam majlis tersebut, saya terus keluar dari masjid itu dan abang saudara dia (tunang) telah menumbuk muka saya.
“Tiba-tba datang lagi dua lelaki Melayu dipercayai saudara tunang saya dari arah belakang dan memukul saya,” katanya dalam laporan itu.
Nor Izzat turut mendakwa, rombongannya turut dipukul oleh keluarga pengantin perempuan ketika mereka cuba meleraikan pergaduhan.
“Rombongan saya juga dipukul semasa cuba meleraikan pergaduhan tersebut iaitu Iaitu Mohammad Eszuan Hayup, 24, dan Muhammad Hafiszan Hayup, 25.
Malah, kenderaan mereka dakwanya turut dirosakkan ekoran terdapat kesan kemek di beberapa bahagian.
“Kereta rombongan saya juga dipukul oleh mereka sehingga ada kesan kemek,”katanya.
Menurut Nor Izzat, dia membuat laporan polis untuk menuntut semula gantirugi bagi semua perbelanjaan majlis nikah yang mana kesemua itu adalah duit simpanannya sendiri
Kejadian yang berlaku di perkarangan Masjid Jamek Al Khadijah itu sebelum ini turut menyebabkan seorang wanita yang mengaku saudara kepada pengantin perempuan tampil memberi penjelasan menerusi kejadian yang berlaku.
Penjelasan tersebut bagaimanapun dipetik daripada imam yang sepatutnya menikahkan pasangan terbabit dengan mengatakan “pergaduhan terjadi kerana pihak lelaki yang memulakan dengan bercakap kurang sopan dan cabar pihak perempuan,”katanya. – MYNEWSHUB.CC


http://www.mynewshub.cc/2016/03/30/200406/



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'TPM, Timbalan Premier Sarawak hadir majlis kesyuku' 8 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'The ringgit started trading on Wednesday almost fl' 48 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 2 hrs 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BARA NAGA | Co' 3 hrs 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 3 hrs 24 mins ago
A visitor from Jambi viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 3 hrs 26 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Federal Government approves RM16.45bil to develop ' 3 hrs 31 mins ago