Translate

31 March 2016

Berpura-pura memakai telekung seakan-akan baru selesai menunaikan solat Subuh gagal memperdaya anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam


Pakai Telekung Tanpa Seluar Dalam Ketika Dicekup ‘Beromen’



KUANTAN – Berpura-pura memakai telekung seakan-akan baru selesai menunaikan solat Subuh.
Itu lakonan seorang remaja perempuan ketika membuka pintu bilik hotel bagi mengelabui mata pihak berkuasa yang menjalankan pemeriksaan dalam operasi cegah maksiat di sebuah hotel murah di Jalan Sekilau di sini semalam.


Bagaimanapun taktik itu gagal memperdaya anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) apabila remaja perempuan tersebut didapati terlupa memakai kain sarung manakala pasangannya yang bukan muhrim dijumpai menyorok di atas almari dalam keadaan tanpa pakaian di bilik tersebut.
Remaja perempuan berusia 21 tahun itu kemudian ditahan bersama pasangannya yang berusia 20-an kerana dipercayai berkhalwat di dalam bilik hotel berkenaan.
Dalam serbuan pukul 6.30 pagi yang turut disertai wartawan, para pegawai penguat kuasa JAIP menolak alasan remaja lelaki terbabit yang memasuki bilik hotel tersebut untuk menghantar seterika.
“Kami tidak percaya kamu menghantar seterika, kalaupun betul kamu berbuat begitu mengapa perlu berdua-duaan dan berada dalam keadaan tidak menutup aurat,” kata salah seorang pegawai JAIP di tempat kejadian.
Ekoran gagal menjawab pelbagai soalan anggota penguat kuasa JAIP, pasangan terbabit akhirnya ‘menyerah diri’ sebelum dibawa ke pejabat JAIP Kuantan untuk siasatan lanjut dan kaunseling.
Dalam perkembangan sama, Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JAIP, Badaruddin Ahmad Bustami berkata, seramai 40 individu berumur dalam lingkungan 20-an ditangkap kerana dipercayai berkhalwat di dalam bilik hotel murah.
Menurutnya, operasi sempena sambutan Ambang Merdeka itu membabitkan pemeriksaan enam buah hotel selama dua jam bermula seawal 6 pagi.
“Kami mendapati kebanyakan mereka yang ditangkap telah menginap di hotel selepas bersiar-siar sehingga awal pagi,” katanya.
Berikutan itu, beliau menyatakan, setiap individu terlibat akan diambil keterangan dan akan didakwa di mahkamah. – Sumber: info.fbkini.com
http://www.mynewshub.cc/2016/03/30/pakai-telekung-tanpa-seluar-dalam-ketika-dicekup-beromen/

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Urbana viewed 'Police remanded the wife and ex husband, of the la' 46 mins ago
A visitor from Gatchina viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Lelaki bebas sabitan edar 10kg dadah - Mahkamah Pe' 3 hrs 5 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tiga pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki mene' 3 hrs 7 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Akses ke KLIA Termi' 3 hrs 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 4 hrs 18 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 4 hrs 22 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 4 hrs 34 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 4 hrs 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Clips of some steamy scenes in a drama shared by a' 5 hrs ago