“Siapa Orang Putih Ini? Dibayar Tun Mahathir?”- Ramesh
RAMESH RAO mempersoal hubungan mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad dengan wartawan ABC Australia kerana membenarkan pihak luar mewawancara beliau di pejabat Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
Pemimpin Persatuan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) itu dilihat berang sewaktu mengulas mengenai tindakan Mahathir yang seolah mempunyai agenda tersembunyi bagi menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Siapa mereka ini? Soalan saya hanya mudah, apa hubungan orang luar ini dengan dia (Tun M)? Apakah dia mempunai agenda tersendiri sehingga sanggup membenarkan orang asing ini memasuki ke kawasan privasinya sedangkan kami rakyat Malaysia pun dihalang?
Beliau sebelum ini pernah dihalau ketika berada di pejabat Mahathir bagi menyerahkan memorandum berkenaan pengisytiharan harta keluarga tokoh itu di dalam dan luar negara.
“Kami masih ingat, sewaktu hendak menyerahkan memorandum di Yayasan Perdana, kami sangat tidak dialu-alukan. Kami tidak dibenarkan masuk ke dalam sebab mereka keluarkan arahan kami tidak boleh masuk,” ujarnya ketika hadir di ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di sini hari ini.
Ramesh juga mempersoalkan adakah Mahathir membayar wartawan tersebut agar melakukan kerja-kerja tidak benar bagi menentang kerajaan?
“Siapa badut ini (wartawan ABC)? Adakah Mahathir bayar mereka untuk melakukan dokumentari fitnah tersebut? Atau adakah dia (Tun M) tidak mempunyai jalan lain bagi melawan Najib? Atau menyelamatkan anaknya?
Ramesh menambah beliau tidak kisah sekiranya rakyat Malaysia sendiri menggunakan hak kebebasan untuk bersuara mengemukakan pendapat mengenai kepimpinan Najib, namun mempersoalkan apakah hak negara luar campur tangan dalam urusan negara.
“Saya tidak kisah sekiranya pihak pembangkang seperti PKR mahupun DAP menggeluarkan seberapa banyak video yang ‘menyerang’ perdana menteri, saya tidak kisah kerana mereka adalah rakyat Malaysia yang diberikan pilihan untuk mengundi.
“Mereka mempunyai hak masing-masing untuk menyatakan pendapat yang boleh didengari, namun apakah keistimewaan orang luar dalam mengacau institusi dan kepimpinan tanah air?” tegasnya.- MYNEWHUSB.CC

http://www.mynewshub.cc/2016/03/30/200644/