Translate

28 March 2016

Pembersih Taman Tema Air Sunway Lagoon mendapat kepujian orang ramai kerana memulangkan semula beg yang mengandungi wang RM1,850, Riyal 7,244.00 dan tiga pasport kepada pemiliknya

Pulangkan Beg Dipercayai Milik Pelancong Arab Saudi Beserta Isinya, Pekerja Tema Air ini Dipuji


KUALA LUMPUR, 27 Mac: Tindakan jujur seorang pekerja taman tema air di Sunway Lagoon mendapat pujian orang ramai.

Kisah kejujuran wanita tersebut yang berusia 57 tahun itu dikongsi oleh akaun Facebook Sunway Theme Parks Career & Community pada Rabu lalu.

Menurut laman Facebook tersebut, Paruvathy merupakan seorang pekerja yang bertanggungjawab menjaga kebersihan taman tema itu. Beliau telah berkhidmat selama lebih 20 tahun.

Kata laman Facebook itu juga, pekerja warga emas itu memulangkan semula beg yang mengandungi wang bernilai RM1,850 dan juga Riyal 7,244.00 beserta tiga pasport.

Beg itu dipercayai milik seorang pelancong dari Arab Saudi berdasarkan jumlah wang Riyal yang banyak di dalam beg berkenaan.

Paruvathy menemui beg itu di atas sebuah kerusi ketika beliau pergi untuk makan tengahhari. Paruvathy kemudian bertindak memberikan beg itu kepada kaunter 'Lost and Found'.

Kejujuran akan melahirkan kecemerlangan. Ini merupakan satu contoh tindakan integriti oleh pekerja wira taman tema kami.

“Aunty Paruvathy saves the day!” tulis mereka.

Posting mengenai kisah Paruvathy telah menerima lebih 4 ribu likes serta dikongsi lebih dari 4,000 kali.

Tindakan jujur dari Paruvathy mendapat reaksi dari netizens yang rata-rata memuji tindakan itu dan berharap agar kisah Paruvathy dijadikan teladan.

Selain itu ada juga yang berkata Paruvathy perlu diberikan pengiktirafan dan perlu ditawar jawatan yang lebih tinggi dengan kenaikan gaji.

Kisah kejujuran Paruvathy juga turut mendapat perhatian media cetak tempatan. -Siakapkeli.my 


S

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 13 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kes Culik Pamela Ling Kereta Penculik Guna Nombor ' 54 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Des moines viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Boydton viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Suami isteri direman kes dera bayi berusia dua bul' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Batik Air batal penerbangan ke India, Pakistan sus' 1 hr 54 mins ago