Pengantin Ditumbuk, Wanita Mengaku Keluarga Pengantin Perempuan Tampil Beri Penjelasan Punca Kejadian
Sejak semalam menjadi viral di laman sosial pengantin lelaki telah ditumbuk gara-gara tidak menyediakan wang hantaran yang cukup seperti yang diminta.
Keadaan menjadi lebih tegang apabila keluarga kedua-dua belah pengantin dikatakan bergaduh sesama sendiri selepas keluarga pengantin lelaki dikatakan mahu beredar dari masjid kerana tidak dapat menyediakan wang hantaran yang diminta iaitu RM15,000.
Video pergaduhan berkenaan telah menjadi viral di laman sosial.
Melihat kisah ini menjadi lebih luas, seorang wanita bernama Wanie Azwani yang mengaku sebagai saudara pengantin perempuan telah tampil memberi penjelasan menggunakan Facebooknya.
Beliau bersama kenyataan itu menyertakan tulisan yang didakwanya adalah kenyataan yang ditulis oleh Imam masjid Khadijah yang sepatutnya menikahkan kedua-dua pasangan ini.
Apapun, harap kes ini diselesaikan dengan cara elok, tidak perlulah bergaduh di dalam rumah Allah yang suci itu. Lagi satu kita diluar ini tidak tahu punca sebenar, elakkan dari buat kesimpulan sendiri. - Siakapkeli.my

Pengantin Kena Tumbuk Duit Hantaran Tak Cukup
Pengantin perempuan menarik tudung seorang wanita dipercayai ahli keluarga pengantin lelaki dalam pergaduhan di Masjid. |
KUALA LUMPUR, 28 Mac – Hasrat seorang pengawal keselamatan untuk melangsungkan perkahwinannya bersama dengan seorang pasangan hancur pabila dia ditumbuk oleh ahli keluarga wanita tersebut dalam satu kejadian di sebuah masjid kelmarin.
Menurut laporan Kosmo!, mangsa ditumbuk selepas mahu beredar dari masjid berkenaan kerana tidak dibenar meneruskan majlis akad nikah kerana tidak menyediakan wang hantaran mencukupi sebanyak RM15,000.
Sumber Kosmo! berkata, ahli keluarga mangsa sebelum ini sudah bersetuju membayar jumlah hantaran RM15,000 ketika mereka datang merisik pada Januari lalu.
“Ketika merisik, pihak lelaki meminta untuk membayar sebanyak RM7,500 sebagai wang hantaran, namun pihak perempuan meminta sejumlah RM15,000.
“Pengantin lelaki yang bersetuju dengan jumlah itu, namun meminta supaya wang hantaran tersebut dibayar secara ansuran iaitu sebanyak RM10,000 sebelum majlis perkahwinan dan baki lagi RM5,000 dibayar selepas majlis,” katanya.
Difahamkan, pengantin lelaki tersebut yang berusia 27 tahun hanya bekerja sebagai pegawal keselamatan dan gajinya hanya RM1,500 sebulan.
Selain itu, turut difahamkan lelaki berkenaan sudah bercinta dengan kekasihnya, seorang gadis berusia 21 tahun, sejak tiga tahun lalu.
Sumber turut berkata, pengantin lelaki sudah membayar RM10,000 secara ansuran sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung namun pihak pengantin perempuan tidak membenarkan akad nikah diteruskan selagi lelaki berkenaan tidak membayar baki RM5,000.
“Tidak bersetuju dengan permintaan itu, pengantin lelaki bersama keluarganya memutuskan untuk meninggalkan majlis akad nikah sebelum dia ditumbuk oleh seorang ahli keluarga pengantin perempuan,” ujarnya.
Sumber juga berkata kekecohan berlaku di perkarangan masjid apabila berlaku aksi memaki hamun dan pergelutan antara ahli keluarga kedua-dua pengantin.
Pengantin perempuan menarik tudung seorang wanita dipercayai ahli keluarga pengantin lelaki dalam pergaduhan di Masjid: Kosmo!. |
Kosmo! juga turut membuat laporan lanjut kes ini di akhbar Kosmo! hari ini - Siakapkeli.my
Sekiranya