Translate

28 March 2016

'Bayi Ajaib' Tragedi Higland Tower Tiba di KLIA2 dan ditemukan dengan pegawai pegawai bomba yang menyelamatkannya

Akhirnya Nur Hamidah Berjaya Ditemukan Dengan Tuan Norizan Di Hadapan Highland Tower


Akhirnya selepas 23 tahun berlalu tragedi runtuhan Highland Tower, akhirnya Nur Hamidah Nadjib, 24, dan ibunya Umi Rasyidah Khoiruman, 43, telah berjaya ditemukan dengan pegawai bomba yang ingin bertemu mereka iaitu Tuan Norizan Saad.

Hamidah dan ibunya dibawa berjumpa dengan Tuan Norizan yang kini bertugas Penguasa Kanan Bomba II Bahagian Pengurusan Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ditempat yang penuh bersejarah bagi mereka iaitu lokasi kejadian runtuhan Highland Tower.

Menurut Norizan, hasrat beliau dan tiga rakannya yang lain untuk bertemu dengan dua beranak terbabit yang diselamatkan mereka dulu, termakbul selepas 23 tahun atas usaha dan doa semua pihak.

"Ada lagi empat rakan kami (yang babit dalam operasi) tidak dapat hadir tetapi akan ada pertemuan diatur esok," katanya dipetik laporan Harian Metro.

Di dalam pertemuan itu, Nur Hamidah dan Umi Rasyidah juga dipertemukan dengan bekas majikannya iaitu Susan Tan, 76.

Tangisan sayu dan gembira mengiringi sepanjang pertemuan, malah kebanyakan yang hadir termasuk petugas media menitiskan air mata. - Siakapkeli.my



 


'Bayi Ajaib' Tragedi Higland Tower Tiba di KLIA2

NUR Hamidah Nadjib 24, bayi yang diselamatkan ketika tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993 dipeluk bapanya, Nadjib Mustaha, 53, sambil diperhatikan suami, Zahroni Ahda Ghoni (dua dari kanan) dan ibu, Umi Rosyidah Khoiruman (kanan) ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Sepang, hari ini. - Foto Aizuddin Saad 
SEPANG, 28 Mac: Bayi 'Ajaib' tragedi Highland Towers 1993 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 di sini pada jam 8.40 pagi tadi.

Nur Hamidah berlepas dari Surabaya Indonesia untuk menemui pasukan penyelamat yang menyelamatkannya dalam kejadian 23 tahun lalu.

Nur Hamidah dilihat tiba bersama ibunya, Umi Rasyidah Khoiruman, 43, adik prempuannya, Iftitahun Nabilah, 2 dan suaminya, Zahroni Ahda Ghoni Pratama, 26.

Ketibaan mereka disambut bapa Hamidah, Nadjib Mustahar, 53.

Nur Hamidah dijadualkan menghadiri sesi temuraham khas di TV9 dan menemui pasukan penyelamat dalam tragedi itu hari ini. - Siakapkeli.my



 
NADJIB (kiri) menyambut ketibaan Nur Hamidah klia2, Sepang. Turut bersama suaminya, Zahroni (kanan); ibu, Umi Rasyidah (tengah) dan adik perempuan, Iftitahun Nabilah (dua dari kanan). - Foto Aizuddin Saad 










SOURCE: www.siakapkeli.my one of the best source for news

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED