Siapa yang tak kenal pelakon kacak berbadan ‘sado’ Malaysia, kalau bukan Zul Ariffin yang digilai ramai wanita kerana susuk tubuhnya yang mantap dan sasa.
Terbaru, beliau menghiasi muka depan majalah kesihatan, Men’s Health.Gambar yang jelas menunjukan separuh badan Zul Ariffin yang tegap dan penuh lekuk ‘6 pack’ itu dikeluarkan khas untuk tatapan peminatnya bagi edisi bulan April.
Selain itu, majalah itu turut memuatkan tips penjagaan badan serta perjalanan karier beliau sebagai anak seni. Nampaknya segala kerja keras Zul membina badan selama ini membuahkan hasil.
Terdahulu beberapa selebriti tanah air yang lain turut pernah menjadi muka depan majalah tersebut. Antaranya adalah Nabil Ahmad dan Nazim Othman. (rkty/w)
ROTIKAYA