Translate

29 March 2016

Taiwan hari ini dikejutkan dengan satu kejadian seorang kanak-kanak perempuan 4 tahun yang dipenggal kepala di luar stesen Metro

Kanak-Kanak 4 Tahun Dipenggal Didepan Restoran Dalam Serangan Rawak


Taiwan, 28 Mac - Taiwan hari ini dikejutkan dengan satu kejadian seorang kanak-kanak perempuan 4 tahun yang dipenggal kepala di dalam satu serangan rawak di luar stesen Metro di pusat bandar Taipei.

Laporan media tempatan berkata seorang lelaki telah ditahan polis susulan kejadian.

Lelaki tersebut, Wang, dilihat mundar-mandiri di Stesen Metro Xihu di Taipei selepas membeli sebilah pisau dari sebuah kedai pagi tadi. Ketika dia berjalan, dia terlihat kanak-kanak tersebut dengan basikal kecilnya terlekat di sebuah lubang di atas jalan, lapor Apple Daily.


Dia kemudian mendekati kanak-kanak itu dan dengan marah menetaknya secara bertubi-tubi menggunakan pisau sehingga menyebabkan leher kanak-kanak itu terkulai. Ibu kanak-kanak tersebut cuba menghalang tindakan lelaki berkenaan namun gagal.

"Ketika ia berlaku, saya cuma 1 meter darinya", kata ibu tersebut.

"Saya ternampak seorang lelaki menghampiri anak saya dan berfikir dia cuma mahu menolong anak saya, semua itu meleset sama sekali apabila saya melihat dia menetak leher anak saya secara bertubi-tubi.

"Perkara pertama yang saya buat adalah cuba menahan lelaki tersebut (dari menetak anak saya), tapi saya gagal menahannya. Apa yang saya boleh buat cuba menghalangnya dari melarikan diri.", katanya sebagaimana lapor Shanghaiist.

Central News Agency berkata Wang, yang berusia 33 tahun itu mempunyai rekod dadah dan juga pernah dirawat kerana penyakit mental.

Tindakan Wang mencetus kemarahan pelbagai pihak sehingga orang ramai datang berhimpun di hadapan balai polis, yang mana tempat dia ditahan.

Dua video, masing-masing menunjukkan ibu kepada kanak-kanak itu menceritakan apa yang berlaku dan juga Wang selepas ditahan di muat naik di internet.

Kejadian juga telah menimbulkan desakan dari orang ramai di China kepada kerajaan supaya menghukum Wang sehingga mati biarpun dia mempunyai rekod mental. - Siakapkeli.my


Se

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED