Translate

03 September 2015

Gambar Che Ta disunting memegang botol produk kecantikan keluaran terbaharu seolah-olah dia mempromosikan produk


Che Ta Kesal Namanya Dieksploitasi
Details Published on Thursday, 03 September 2015 06:53

.

Bukan kali pertama dia menjadi mangsa gara-gara pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan namanya untuk melariskan jualan produk masing-masing.

Terbaharu, pelakon cantik, Rozita Che Wan atau Che Ta berkata, dia sekali lagi kesal dan berasa bengang apabila gambarnya disunting memegang botol produk kecantikan keluaran terbaharu seolah-olah dia mempromosikan produk berkenaan.

"Apa yang mereka (penulis blog) tulis adalah fitnah! Saya anggap itu taktik kotor pengeluar produk mengeluarkan artikel dan gambar saya seperti itu dengan tujuan untuk mempengaruhi orang ramai.

"Saya masih lagi duta kepada produk Rysya dan makanan tambahan Longevite. Berani betul blog itu membuat tanda pangkah pada gambar produk yang saya gunakan itu," katanya.

Artikel yang dikeluarkan di sebuah blog kononnya Rozita kini menggunakan produk kecantikan baharu adalah laporan yang tidak benar.

Malah artikel itu juga membuat laporan palsu dengan mendakwa Rozita tidak menggunakan produk keluaran syarikat yang melantiknya sebagai jurucakap.

Sebaliknya artikel itu ditulis kononnya Rozita menggunakan produk baharu dan wajah dia bersama produk berkenaan turut dipaparkan.

Sementara itu, kata pelakon yang popular menerusi drama Kiah Pekasam itu, pengasas produk yang diwakilinya akan mengambil tindakan terhadap pihak terbabit yang memutarbelitkan fakta bertujuan mengelirukan orang ramai.

sumber : mStar online

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED