Translate

03 September 2015

"Pengorbanan Stacy akan mengingatkan dan melarikan pandangan Akim terhadap wanita-wanita cantik sekelilingnya


Akim Tutup Pintu Hati Untuk Perempuan Lain
Details Published on Thursday, 03 September 2015 06:58




.

Penyanyi Akim Ahmad berkata pengorbanan Stacy yang sanggup meninggalkan agama Kristian untuk memeluk Islam tidak akan diabaikannya begitu sahaja.



Memetik laporan mStar online, Akim berkata, perkara itu juga akan memberi kekuatan kepada dia untuk tidak mudah tergoda dengan mana-mana wanita yang cuba mendekatinya.

"Walaupun saya tahu pengorbanan yang dibuat bukan untuk saya, tetapi saya menganggap kesanggupannya memeluk agama Islam ada kaitan dengan saya.

"Pengorbanan itu akan mengingatkan dan melarikan pandangan saya terhadap wanita-wanita cantik (yang berada di sekelilingnya).

"Nak cakap tentang jaminan saya kepadanya, saya tak berani kerana saya hanyalah manusia biasa," katanya.

Stacy atau nama Islamnya Ummu Syaikhah Stacy Anam, 25, memeluk Islam pada Pada 24 Ogos lalu di pejabat Agama Islam, Johor Baru, Johor.

Semasa lafaz syahadah dilakukan Stacy, dia turut ditemani ibu-bapanya.

Sementara itu, ditanya adakah dia dan Stacy sedang merancang ke arah perkahwinan dalam masa terdekat ini, penyanyi itu menafikan khabar angin tersebut.

"Saya mahu memberi ruang buat Stacy mendalami Islam dahulu sebelum merancang ke arah itu.

"Nak ikutkan sekarang saya nak kahwin. Tetapi saya mahu beri masa dan ruang kepada dia.

"Alhamdulillah, selain memberi semangat dan motivasi, saya ada datang ke rumahnya solat bersama," ujarnya.

Sementara itu, mengenai konsert Ku Mohon Tuhan Berikan Aku Cinta, ia akan berlangsung pada 31 Oktober depan di Stadium Malawati Shah Alam.



Malaysian Digest

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED