Translate

05 June 2015

Sempena ulang tahun Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong Sabtu ini, Seri Paduka Baginda berkenan menerima 30 kek

30 Kek Sempena Ulang Tahun Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong


BY TV3

ORIGINAL ARTICLE LINK

Sempena ulang tahun Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Sabtu ini, Seri Paduka Baginda berkenan menerima persembahan 30 biji kek daripada pelbagai pihak termasuk hotel.
Turut berangkat menyaksikan persembahan kek di Dewan Santapan Istana Negara ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.
Seri Paduka Baginda berdua, meluangkan masa kira-kira 30 minit, menyaksikan keunikan dekorasi pelbagai jenis kek.
Antaranya kek bertemakan meja baca seberat 50 kilogram, dari Hotel One World, kek musim menuai, seberat 20 kilogram dari Hotel Istana Kuala Lumpur, kek payung mahkota seberat 15 kilogram dari Hotel Impiana KLCC dan kek tanah tumpah darahku dari KLCC.
Turut mempersembahkan kek ialah Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, Hotel Marriot Putrajaya, PWTC, Hotel Pullman, Hotel Corus, Starrwood dan Grand Bluewave Shah Alam.
Antara kek yang dipersembahkan ialah daripada Hotel Maya di sini yang berupa kek buah-buahan bertemakan alat muzik tradisional Melayu seberat 40 kilogram berwarna jingga.
Cefnya Raymond Ling memberitahu Bernama kek buah-buahan itu mengambil masa lebih sebulan untuk disiapkan dan dihasilkan menepati dengan konsep hotel berkenaan yang mahu mengangkat seni warisan negara.
Hotel Rennaisance pula menpersembahkan kek berperisa coklat berbentuk singgahsana seberat 50 kilogram.
Cef hotel tersebut Hanafiah Ahmad berkata kek yang bertemakan 'Fantasi Coklat' itu menggunakan hampir semua bahan dan hiasan serta warna yang digunakan berasaskan coklat dengan mengambil masa kurang daripada sebulan untuk disiapkan.
Hotel Intercontinental mempersembahkan kek buah berkonsepkan pelancongan dengan tema 'Melawat Malaysia 2015'.
Pengarah Komunikasi Pemasarannya Shirley Hoo memberitahu kek seberat 80 kilogram itu berbentuk bunga Rafflesia, penyu, dan Bangunan Stadhuys di Melaka yang menggambarkan simbolik destinasi menarik negara untuk dilawati.
Sementara Hotel Grand Millennium mempersembahkan kek coklat berbentuk keret api laju yang dihasilkan sebagai melambangkan kecanggihan dan kemajuan yang dikecapi negara di alaf baharu.
Cef Joas Kam berkata kek coklat yang berkonsep 'millenium' itu merupakan kek buah dan merupakan kek terberat yang dipersembahkan iaitu mencecah 100 kilogram.
Kek-kek yang dipersembahkan itu akan dihantar ke rumah anak-anak yatim dan untuk dinikmati golongan kurang bernasib baik di sekitar ibu negara.
Persembahan kek antara acara pada setiap sambutan Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED