Translate

05 June 2015

Ramadan Buka Puasa Buffet 2015 @ Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Sajian Desa Menggamit Rasa Bufet Ramadhan Hotel Seri Pacific KL9

Bagi menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur menawarkan bufet buka puasa yang pasti menggamit selera.
Mengangkat tema Sajian Desa, hidangan yang bakal dinikmati pengunjung menerapkan citarasa tradisional Malaysia yang kaya rempah-ratus dan lemak bersantan, selain daripada masakan popular daripada budaya lain yang menggambarkan keunikan cara hidup masyarakat Malaysia yang berbilang etnik.
Bagi promosi Ramadhan ini, pihak Seri Pacific bakal menyediakan 3 tempat yang berasingan iaitu di Atrium, RestoranZende dan dewan bankuet Pacific Ballroom khusus untuk memenuhi permintaan para pelanggan yang terdiri daripada latarbelakang yang pelbagai.
Atrium, Tingkat 4
Tarikh: 19hb Jun hingga 16hb Julai 2015
Harga: RM70.00 bersih seorang
Gear Box Soup
Kambing Panggang
Terletak di ruang legar terbuka tingkat 4 hotel dan kolam renang hotel ini, konsep sajian yang bakal dihidangkan berciri santai dan libur. Tema warung yang disediakan pasti menawarkan pengalaman berbeza bagi pengunjung, apatah lagi anda dapat melihat sendiri hidangan anda dimasak secara ‘live’ oleh chef-chef berbakat daripada hotel Seri Pacific.
Antara juadah yang disediakan adalah sup ekor mamak, sup ayam, daging salai masak lemak cili padi dengan pisang muda, udang goreng kunyit, ikan siakap kukus kuah taucu, ayam lemak rebung santan nipah muda, ikan sembilang laut berlada sri kandi, kupang hitam dan banyak lagi.
Restoran Zende,Aras Lobi
Tarikh: 22hb Jun hingga 15 Julai 2015
Harga: RM110 bersih seorang
Zende Restaurant 10
Bagi pengunjung yang lebih suka menikmati hidangan di dalam ruang bertutup dan kontemporari, Restoran Zende yang berlokasi di aras lobi merupakan satu pilihan tepat untuk berbuka puasa.
Dengan rotasi 6 jenis pilihan menu, pengunjung pasti rambang mata dengan variasi makanan yang terdapat dalam bufet ini. Masih mengekalkan konsep Sajian Desa, pelbagai jenis ulam-ulaman dan kerabu dihidangkan bersama sambal belacan, sambal mangga, sambal tempoyak, cencalok dan budu.
Ka-1000x600
Suhsi
Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati sajian lazat seperti gulai daging capur umbut kelapa, lemang dan rendang, sate, sup gear box, mee rebus, laksa johor dan ayam golek percik.
Selain masakan Melayu, bufet Ramadhan di Restoran Zende turut menawarkan hidangan daripada suku kaum Cina, Jepun dan Arab dengan sushi, wantan mee, nasi arab, shawarma, babaganoush dan hummus yang pasti menepati selera.
Kepada yang gemarkan pencuci mulut, bolehlah menikmati aneka kuih-muih dan bubur tradisional seperti bubur kacang hijau dengan durian, pengat pisang, bubur cha-cha, dan bubur jagung yang dimasak menggunakan resipi yang diwarisi sejak turun-temurun.
Bukan itu sahaja, malah seleksi desserts barat seperti brownies coklat, kek red velvet dan kek keju turut disediakan. Buah-buahan tempatan seperti nangka, jambu air, rambutan dan langsat turut dihidangkan sebagai penutup yang manis bagi sesi berbuka anda.
Mahu menikmati juadah berbuka yang disediakan Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur tanpa perlu keluar rumah? turut menyediakan servis katering di kediaman anda. Atau jika anda mahu mengadakan majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan dan ahli keluarga, Seri Pacific turut menyediakan beberapa buah dewan bankuet supaya anda dapat berbuka puasa dengan privasi, hanya dengan harga RM90 sekepala.
Sudah namanya hotel terkemuka, pasti keselesaan pengunjung menjadi prioriti utama. Bagi memenuhi keperluan pengunjung, pihak pengurusan hotel telah menukarkan empat buah bilik penginapan di tingkat enam hotel tersebut kepada surau yang luas dan selesa bagi memudahkan pengunjung beragama Islam untuk menunaikan solat Maghrib dan Isya’.
Jadi, apa tunggu lagi?Lorekkan kalendar anda dan luangkan masa untuk mencuba promosi Sajian Desa di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur Ramadhan ini!
Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 03-4049 4351/4352 atau kiriman e-mail fbresv@seripacific.com.


– MYNEWSHUB.CC




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED