Translate

05 June 2015

Penganjur Dakwa Tun Dr Mahathir Datang Tidak Diundang tetapi Tun M Terima Kad Jemputan dan kerusi khas telah disediakan

Tun M Terima Kad Jemputan Tetapi Penganjur Dakwa Beliau Datang Tidak Diundang


KUALA LUMPUR: Penganjur #Nothing2Hide: "Dialog PM bersama NGO"  mendakwa Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir ke majlis tersebut adalah tanpa sebarang undangan daripada pihak mereka, kata Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (Sukaguam), Datuk Khairul Anwar Rahmat.

"Beliau hadir kerana sudah tersebar di media sosial bahawa beliau akan hadir, jadi Dr Mahathir membuat keputusan untuk hadir.

Pihak penganjur tidak memberikan undangan untuk beliau," katanya dalam satu sidang media selepas program itu dibatalkan.

Khairul Anwar juga mendakwa sekumpulan hadirin telah merempuh pintu masuk Dewan Tun Hussein Onn untuk membawa Tun Dr. Mahathir untuk membolehkan Tun M masuk.

Bagaimanapun sebentar tadi tersebar dua keping gambar yang dimuatnaik oleh Facebook Kelab Che Det dikata mengesahkan Tun M sebenarnya menerima undangan untuk berada di dalam program berkenaan.

Tersebar juga perbualan Whatapps Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Lokman Noor Adam yang mengesahkan dia ada menyediakan kerusi khas untuk Tun M.

Bagaimanapun majlis tersebut telah dibatalkan selepas menerima arahan dari ketua Polis Negara atas faktor keselamatan . - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED