Skuad B-13 Negara Belasah Lima Kelab Jerman Termasuk Bayern Munich
KUALA LUMPUR: Pasukan bola sepak Malaysia Bawah 13 Tahun (B-13) menunjukkan kehebatan tersendiri selepas bejaya memenangi semua 5 perlawanan persahabatan menentang kelab-kelab Jerman dan yang terbaru mereka mengalahkan pemain B-13 pasuakan gergasi bola sepak Jerman Bayern Munich 2-1 pagi tadi.
Nampaknya kemampuan anak-anak didik Lim Teong Kim yang juga Pengarah Teknikal PPBN ini harus dipuji kerana kalau dikira dari segi fizikal ternyata Bayern lebih besar dan kuat.
Semasa perlawanan pertama menentang kelab Jerman, skuad B-13 negara telah mengalahkan B-13 Ingolstadt 3-0 seterusnya menang tipis 3-2 dengan TSV Murnau sebelum membelasah DFB Selection 6-0.
Pada Selasa lalu, skuad negara mengekalkan rentak kemenangan dengan mengalakhakan DFI Academy dengan keputusan 4-0 dan terakhir berjaya menewaskan skuad B-13 Bayern Munich 2-1 pada aksi awal pagi tadi.
Dalam perlawanan menentang B-13 Bayern Munich pagi tadi, skuad negara dikejutkan dengan jaringan pasukan lawan sebelum bangkit pada separuh masa kedua menebus kesilapan selepas Firdaus Ramli dan Asman Asrul menjaringkan gol kemenangan buat pasukan Malaysia.
Selepas mengakhiri perlawanan persahabatan ini meraka akan diterbangkan ke Sepanyol pada 14 Jun untuk menghadapi perlawanan dengan kelab-kelab di sana pula.
Skuad B-13 tahun negara juga bakal menyertai dua kejohanan B-13 Tahun Piala Iber Costa Del Sol (Sepanyol) dan Piala Iber Estoril (Portugal) bermula 22 Jun hingga 5 Julai ini. -Siakapkeli.my