27 Penumpang Cemas Selepas Bas Yang Dinaiki Terbakar
SEBERANG PRAI: Seramai 27 orang penumpang sebuah bas express cemas selepas bas yang mereka naiki telah terbakar di Kilometer 149.7 Lebuhraya PLUS arah selatan,pagi tadi.
Kejadian tersebut berlaku selepas bas berkenaan yang baru menaiki lebuhraya Utara seletan dari Terminal Bas Butterworth untuk ke Kuala Lumpur pada pukul 9.20 pagi.
Timbalan Pengarah Bomba Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, merekea telah menerima panggilana kecemasan daripada orang ramai dan terus bergegas ke tempat kejadian.
Semasa sampai semua penumpang sudah berjaya keluar menyelamatkan diri melalui pintu hadapan.
"Tiada mangsa yang cedera dan siasatan awal mendapati kebakaran bermula dari bahagian belakang bas,"katanya. - Siakapkeli.my