Translate

29 June 2014

PM Najib &, Anwar lawat presiden PAS di IJN

Najib, Anwar lawat presiden PAS di IJN


Najib, Anwar lawat presiden PAS di IJN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa menziarahi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, tengah hari ini.
Perkara itu dimaklumkan kepada The Malaysian Insider oleh setiausaha politiknya, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Najib turut memuat naik status di laman Twitternya selepas melawat Hadi.
"Menziarahi Tuan Hj Hadi di hospital baru tadi. Moga cepat pulih, Insya-Allah," kata Najib dalam catatan di laman Twitternya.
Memetik laporan Bernama, kunjungan itu difahamkan berlangsung kira-kira 45 minit.
Perdana menteri turut memuatkan sekeping foto beliau bersama bekas Menteri Besar Terengganu itu dalam status berkenaan.



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melawat Hadi petang semalam, kata Shamsuri.
"Anwar semalam, lebih kurang jam 6.15 petang, Najib hari ini, tengah hari tadi," kata Shamsuri ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Hadi kini menjalani pemeriksaan perubatan susulan di IJN selepas tahap kesihatannya dilaporkan terjejas semasa menghadiri satu persidangan di Turki bulan lepas. โ€“ 29 Jun, 2014.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga melawat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri) di Institut Jantung Negara petang tadi. โ€“ Gambar daripada laman Facebook Hadi.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Antalya viewed 'Police have arrested another two suspects in conne' 3 hrs 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN Umum Ustaz Mohamad Calon PRK Ayer Kuning | BEST' 3 hrs 16 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 37 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 6 hrs 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis mohon bantuan kesan lelaki hilang sejak 5 Ap' 6 hrs 54 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Siasatan dedah jutaan ringgit masuk akaun peribadi' 7 hrs 31 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 7 hrs 33 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Impian kanak-kanak penghidap kanser darah jadi ask' 7 hrs 47 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 8 hrs 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 8 hrs 59 mins ago