Translate

29 June 2014

Aktres Nad Zainal sedia menunjukkan bukti-bukti mesej dan rakaman suara bekas kekasihnya, Azwan Kombos sekiranya dia masih lagi diganggu

Nad Zainal Sedia Dedah Rakaman Suara, SMS Bekas Kekasih

..
Aktres Nad Zainal sedia menunjukkan bukti-bukti mesej dan rakaman suara bekas kekasihnya, Azwan Kombos sekiranya dia masih lagi diganggu pelakon itu.

Tegas Nad, dia bukan segaja mahu mengada-adakan cerita mengatakan Azwan menganggunya kerana dia mempunyai bukti. Bahkan dia mula rimas dengan kelakuan Azwan yang didakwa membuat kenyataan tentang hubungan mereka.
"Bukan saya yang timbulkan, dia yang tak habis-habis bercerita. Saya sudah dua bulan putus dengan dia. Jadi sudah-sudah lah.
"Dia cakap kononnya dia tak pernah hubungi saya selepas kami putus. Tapi tak mengapalah.. saya ada bukti rakaman suara dan mesej-mesej memujuk juga mengancam keselamatan saya.
"Perkara ni sebenarnya remeh. Selama ni saya biarkan dia bercakap sebab saya ingat itu sebagai terapi untuk dia. Tapi lama-lama saya rasa dia sudah melebih-lebih", kata Nad Zainal ketika ditemui pada majlis pelancaran lima produk terbaharu terbitan JS Pictures Sdn Bhd sempena bulan Ramadan bertempat di hotel Renaissance Kuala Lumpur, semalam.
Dalam laporan sebuah akhbar pada Selasa lalu, Nad mendakwa dirinya menerima gangguan berbentuk SMS sahaja diterima daripada lelaki itu. Selain itu, pelakon drama 'Kampung Girl' itu juga mendakwa seorang wanita yang tidak dikenali menghubunginya sebanyak tiga kali dengan menggunakan nombor telefon berbeza dan mengeluarkan kata-kata negatif terhadapnya.
Laporan itu turut menyebut wanita berkenaan mengugut akan mengaibkan Nad kepada wartawan kerana bertindak memutuskan hubungan cinta dengan Azwan. Pelakon itu curiga dan keliru dengan hubungan wanita terbabit dengan Azwan sehingga sanggup membuat panggilan mengancam dirinya.
Bimbang dirinya diancam, Nad telah mengambil tindakan membuat laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, pada Selasa lalu.
"Selain tu saya juga menerima gangguan daripada seorang wanita yang mengugut nak buka aib saya depan wartawan kerana saya tinggalkan Azwan Kombos. Saya pun tak tahu wanita itu ada kaitan dengan dia atau tidak.
"Mula-mula wanita itu email saya yang mengatakan kenapa Nad tak baik balik dengan abang Azwan. Dia bagi tempoh 7 hari supaya saya berbaik semula dengan Azwan. Kalau saya tak berbaik semula, dia akan dedahkan hal-hal yang buruk tentang saya. Saya tak faham kenapa perempuan itu yang terlebih-lebih pula kalau tak ada pihak lain yang mencucuk. Saya pun tak faham, macam mana wanita tu bole dapat nombbor telefon saya? Kalau pun dia dedahkan yang buruk-buruk tentang saya, saya tetap tak akan kembali semula dengan Azwan

"Saya juga ada dengar yang dia (Azwan) kata dia da tak hubungi saya. Baru-baru ni saya jalani penggambaran di Korea, dia ada hubungi saya. Saya ada bukti. Kata boleh move on tapi... apa ni? Perkara-perkara ni terjadi dalam masa dua bulan", ujarnya lagi.
Ditanya mengenai perkembangan kes tersebut, Nad berkata, dia telha menyerahkan segala bukti kepada pihak polis dan hanya menunggu hasil siasatan.
"Saya sudah serahkan segala bukti kepada pihak polis dan siasatan sedang dibuat. InsyaAllah saya akan ke balai polis esok (hari ini) untuk mengetahui perkembangan siasatan tersebut.
"Buat masa ni, pihak polis akan mengesan dulu wanita itu. Kemudian baru tindakan selanjutnya akan diambil dan mungkin kes ini akan dibawa ke mahkamah.
"Apapun, saya akan cari juga perempuan itu sebab saya nak tahu kenapa dia marah sangat dengan saya. Tapi pihak disana (Azwan) kata dia tidak ada kena mengena dengan wanita itu. Jadi kalau dia tak ada kena mengena, dia tak perlu takut lah", katanya.
Tambah Nad lagi, tindakan Azwan itu disifatkan sebagai kurang matang. Malah katanya, Azwan tidak seharusnya terkejut apabila dia membuat kenyataan yang mereka sudah putus kerana perkara itu sudah pun diketahui Azwan terlebih dulu.
"Tentang hal dia kononnya terkejut bila saya kata kami sudah berpisah dan ramai menyalahkan saya. Walhal dia sebenarnya sudah tahu lebih dulu. Saya ada kirimkan mesej kepada dia dan dia sudah pun jelas tentang perpisahan kami.
"Sebelum ini kami hanya bercinta dan bukannya berkahwin. Jadi tak perlulah sampai nak kena ada surat yang mengatakan kami sudah putus.
"Sebenarnya selama ni saya dah lama nak putus dengan dia tapi dia yang tak bagi. Saya fikir-fikir balik, kenapa pula saya nak jadi bodoh asyik ikut cakap dia. Kalau saya ni perempuan jahat, dah lama dah saya tinggalkan dia", katanya.

- mD


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED