- Details
- Published on Friday, 20 June 2014 12:03
Entah apa lah nasib pelakon Nora Danish. Dalam dua tiga hari ini ada saja cerita panas tentang beberapa pihak tidak berpuas hati dirinya.
Terbaru, pelakon Diana Danielle dikatakan kurang berpuas hati dengan satu tindakan Nora memuat naik gambar untuk promosi filem terbaru Pengantin Malam.
Menerusi nota dalam Instagram itu, Diana Danielle mempersoal kenapa dalam banyak banyak gambar untuk promosi filem tersebut yang ada tetapi gambar Nora Danish memegang tangan suaminya, Farid Kamil yang dimuat naik ke laman sosial.
“Banyak lagi gambar yang lebih elok boleh di’upload untuk promosi filem kamu, gambar pegang tangan suami saya juga nak dikongsi. Oh faham, mungkin itu akan membuat orang teruja untuk tengok filem kamu. Hati of hati, sabarlah,” luah Diana Danielle.
Ramai juga yang terkejut dengan tindakan Diana itu. Malah rata-rata menyifatkan yang Diana cemburu tidak bertempat dan terlalu mengikut perasaan. Sedangkan Diana juga seorang pelakon dan Diana pun sebagai pelakon, mungkin juga sudah faham dengan situasi itu apabila Farid dipegang wanita lain.
Memanglah sebagai isteri, Diana berhak untuk berasa marah atau tidak berpuas hati. Tetapi rasanya aksi Nora dan suaminya itu hanyalah sekadar menjayakan watak dalam filem yang mereka bintangi. Tidak lebih daripada itu kan Nora?