Translate

21 June 2014

Lufya Dakwa Ada Pihak Sengaja Manipulasi Kenyataan Tunku Jalil


Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
"Kami dah lama kenal dan berkawan. Saya tahu dia tidak begitu. Dan saya tak rasa kenyataan sebegitu keluar daripada mulut dia. Mungkin, ada pihak yang sengaja memanipulasikan kenyataan dia.
"Saya macam susah nak percaya dengan kenyataannya itu. Selama ini saya tiada apa-apa masalah pun dengan dia. Itu yan buat saya tak faham", itu kata Lufya kepada pihak media tatkala diminta mengulas mengenai isu seorang diraja Johor menafikan yang beliau mengenali Lufya, sedangkan mereka telah bersahabat sejak 10 tahun lalu.
Putera raja yang dimaksudkan itu ialah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar iaitu anakanda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Sebelum ini timbul isu kononnya Lufya bercinta dengan Tunku Abdul Jalil diperbesar-besarkan sedangkan mereka sekadar kawan biasa.
Disebabkan isu itu jugga hubungan persahabatan antara Lufya dan putera raja tersebut yang telah terjalin sejak 10 tahun lalu, musnah.
“Saya pernah mesej dia beritahu ada orang keluarkan artikel yang bukan-bukan. Tapi mesej saya tidak berbalas. Mungkin dia sudah tukar nombor atau tak mahu diganggu. Sekarang ni saya pun tak tahu apa keadaan dia sekarang kerana kami sudah lama tidak berhubung.
"Dan tak dinafikan, isu ini merosakkan nama baik saya. Sebenarnya ada pihak yang memanipulasi kenyataan saya. Padahal kami hanya berkawan baik.
"Saya cakap benda yang betul dan saya tak pernah mencari perkara kontroversi. Tapi disebabkan ada pihak yang cuba memperbesarkan isu ini, nampak macam saya yang sengaja timbulkan perkara yang luar biasa", katanya dengan nada kesal.
Dalam perkembangan lain, Lufya bakal muncul dalam drama berjudul 'Ramadan Jangan Pergi' yang akan ditayangkan di TV3 bermula 25 Jun ini, jam 10 malam.
- mD





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED