Translate

29 June 2014

Aktres Diana Danielle enggan mengulas lanjut tindakannya meluahkan rasa tidak puas hati ekoran gambar Nora Danish bersama suaminya

"No Comment, Terima Kasih" - Diana Danielle

Gambar: Faisol MustafaGambar: Faisol Mustafa
Aktres jelita Diana Danielle enggan mengulas lanjut tindakannya meluahkan rasa tidak puas hati ekoran sekeping gambar Nora Danish bersama suaminya, Farid Kamil, yang dimuat naik oleh pelakon wanita itu di laman Instagramnya, minggu lalu.
Ketika ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai Duta Lips Ice bertempat di Flora Terrace, Hampshire Place, petang tadi, pemilik nama sebenar Diana Danielle Danny Benson, 24, memberi reaksi kurang senang daripada riak wajahnya apabila ditanya oleh sekumpulan wartawan mengenai kontroversi tersebut.
Meskipun diajukan dengan lepas satu-satu pertanyaan, Diana hanya sekadar memberikan jawapan yang sama iaitu,
"No Comment. Soalan itu saya tak mahu jawab. Terima kasih", tuturnya sambil tersenyum plastik.
Meskipun diajukan dengan satu persatu pertanyaan oleh pihak media, Diana hanya tersenyum kelat dan tetap memberikan jawapan yang sama iaitu, "No comment".
Sejurus itu pengurusnya yang juga merupakan adik iparnya, Fadzil Zahari terus memberi isyarat agar dia bangun dan segera beredar dari situ.
"Okay, masa lima minit dah tamat", kata Fadzil lalu terus menghentikan sesi temubual.
Minggu lepas, menerusi laman sosial Instagram miliknya, Diana mempersoalkan kenapa dalam banyak banyak gambar untuk promosi filem tersebut yang ada tetapi gambar Nora Danish memegang tangan suaminya juga  yang dimuat naik ke laman sosial.
“Banyak lagi gambar yang lebih elok boleh di’upload untuk promosi filem kamu, gambar pegang tangan suami saya juga nak dikongsi. Oh faham, mungkin itu akan membuat orang teruja untuk tengok filem kamu. Hati of hati, sabarlah,” luah Diana di dalam Instagramnya.
Begitupun, dalam pada Diana bergegas mahu meninggalkan sesi temubual, pihak media sempat meminta ibu anak satu ini mengulas mengenai tindakannya itu disifatkan sebagai kebudak-budakan.
Dan ini jawapan Diana, "Terima kasih. No comment", katanya lalu terus beredar.
Sementara itu pada Rabu lalu,Farid Kamil yang ditemui pada satu majlis ada membuat kenyataan meminta mana-mana pihak yang terasa dengan tindakan Diana itu memohon agar pihak berkenaan memaafkan isterinya itu.
Jelas Farid, dia tidak menafikan kemungkinan tindakan isterinya itu atas dasar cemburu. Namun meminta masyarakat memahami situasi mereka sebagai pasangan yang boleh dikatakan masih lagi baru memasuki alam perkahwinan.
Bagi MD, tindakan Diana yang tidak mahu mengulas apatahlagi memberi penjelasan disifatkan sebagai kurang profesional. Ini kerana, Diana adalah pencetus kepada kontroversi tersebut. Seharusnya dia bersikap lebih matang dan memberi penjelasan agar timbul spekulasi-spekulasi lain kelak.
Kami pihak media faham sekiranya Diana tidak mahu mengulas panjang. Tetapi setidak-tidaknya mungkin beliau boleh memberi alasan tidak mahu kontroversi tersebut memanjangkan.
Apapun, kami hormati jawapan Diana walaupun sekadar no comment. Dan diharapkan selepas ini Diana usahlah mengulangi lagi tindakan sebegitu kalaupun hanya kerana mungkin cemburu melihat Farid dengan pelakon wanita lain. Itukan sebahagian daripada kerja suami anda. Jadi mungkin lebih baik berbincang saja di rumah bukan lagi buat cacatan di Instagram. Heh.
  • Click to enlarge image IMG_9777.JPG
  • Click to enlarge image IMG_9788.JPG
  • Click to enlarge image IMG_9798.JPG
  • Click to enlarge image IMG_9800.JPG
  • Click to enlarge image IMG_9803.JPG
  • Click to enlarge image IMG_9818.JPG
  • Click to enlarge image IMG_9819.JPG
  • Click to enlarge image IMG_9822.JPG
  • Click to enlarge image IMG_9823.JPG
  • Click to enlarge image IMG_9828.JPG
  • Click to enlarge image IMG_9833.JPG
  • Click to enlarge image IMG_9835.JPG


-mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED