Translate

17 June 2014

Bengang Scha Dihina, Awal Bagi Peminat Biadap Publisiti Percuma!


..
Pelakon dan pengacara Awal Ashaari menganggap seorang pengikut wanita di lama Instagramnya yang meninggalkan komen menghina isterinya aktres Scha Alyah dan juga anak di dalam kandunganya, sebagai seorang yang terlalu inginkan publisiti, terdesak inginkan perhatian sekaligus menyifatkan ia perbuatan yang melampau.
"Sampai sekarang saya rasa marah lagi. Macam mana peminat tersebut boleh bercakap tentang insan yang belum pun lahir lagi. Sama ada bayi dalam kandungan isteri saya itu lelaki atau perempuan, bayi itu tetap akan menjadi anak saya.
"Kalau dia (peminat) tak boleh nak hormati saya, hormati lah ibunya (Scha) atau hormati lah keluarga kami", kata Awal Ashaari kepada Malaysian Digest ketika dihubungi semalam.
Semalam, menerusi laman instagram miliknya @awalashaari, seorang peminat wanita telah meninggalkan komen dengan kata-kata yang kurang manis yang ditujukan kepada Scha.
Lebih teruk, peminat yang menggunakan nama '_sawawa' itu mengeluarkan komen negatif mengenai majlis surprise baby shower pasangan itu baru-baru ini dengan kata-kata kesat: "ngade je keje Scha. Nanti anak keluar (lahir) jadi sundal."
Awal bagaimanapun tidak berdiam diri. Geram dan marah dengan sikap peminat tersebut, pengacara 'Melodi' ini telah memuat naik foto wanita tersebut di IG-nya.
..
Menurut Awal, tindakannya secara sinisnya itu sebagai 'memuaskan' hati peminat berkenaan yang terlalu inginkan publisiti murahan.
"Dia nak sangat publisiti kan... jadi saya bagi dia publisiti percuma selama satu hari. Jangan lah jadikan laman sosial ni bukan tempat untuk kita sewenang-wenangnya melemparkan kata-kata negatif terhadap orang lain. Dah dia bagi komen IG saya. Tak tahu apa masalah dia.
"Tapi saya tak block dia dari IG saya. Saya nak dia 'rasa' dan baca komen-komen peminat saya yang lain di entry tu. Lepas tu saya akan delete entry tu sebab saya pun tak suka nak tengok muka dia. Tak pernah-pernah saya dapat komen sampai 800 komen, tapi bila letak gambar dia terus komen sebanyak itu.
"Sepatutnya benda ini tak perlu dijadikan isu pun. Tapi perkataan sundal itu sangat kasar. Benda itu pun sebagai satu doa. Tapi saya ada tulis caption mendoakan yang baik-baik untuknya dan pengikut itu ada membalas dengan mengucapkan terima kasih", katanya.
Awal juga memberitahu yang Scha tenang menerima komen negatif tersebut alah menyuruhnya supaya bersabar dan jangan terlalu ambil pusing dengan perkara itu.
"Scha, dia okay, dia releks saja. Saya yang rasa geram dan bengang dengan pengikut itu. Iyalah saya bakal bapa dan Scha isteri saya. Dan ini juga melibatkan maruah isteri dan anak saya", katanya.
Scha kini hamil 7 bulan dan dijangka bakal bersalin pada Ogos depan.
- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED