Kes Skandal Adi Putra Mungkin Dibuka Semula?
- Details
- Published on Wednesday, 18 June 2014 11:11
Sekitar September tahun lalu, pelakon Adi Putra dihambat kontroversi apabila beliau dikatakan menjalin hubungan skandal dengan isteri orang bernama Nooraida Abdul Mutalib diketahui umum.
Bagaimanapun pada 12 Disember lalu, Adi telah mengumumkan isu skandal dan penyebaran foto sensualnya sebagai No Further Action (NFA) atau bermaksud tiada tindakan selanjutnya daripada pihak polis.
Meskipun pihak Nooraida yang tetap mahu membuktikan pelakon itu bersalah. Malah Nooraida dan bekas suaminya, Amiruddin Othman yang mana ketika itu mereka masih berkahwin telah membuat laporan tatatertib di Bukit Aman kerana meragui sikap profesional pegawai yang menyiasat kes berkenaan.
Namun Adi tidak mempedulikan perkara itu kerana yang pasti menerusi pengeahan rasmi daripada pihak polis, dia sudah bebas dari sebarang hukuman.
Dalam sebuah portal hiburan hari ini melaporkan, selepas enam bulan laporan tersebut dibuat, semalam Amiruddin telah memuat naik sekeping foto di Instagram menunjukkan keratan surat rasmi dari Bukit Aman. Dari apa difahamkan, pegawai polis yang dikatakan bersubahat itu telah dikenakan tindakan tatatertib.
Dalam erti kata lain, peguam yang mewakili Nooraida dan bekas suaminya dalam menentang Adi akan memohon untuk membuka semula siasatan.