Translate

29 June 2014

PM Najib &, Anwar lawat presiden PAS di IJN

Najib, Anwar lawat presiden PAS di IJN


Najib, Anwar lawat presiden PAS di IJN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa menziarahi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, tengah hari ini.
Perkara itu dimaklumkan kepada The Malaysian Insider oleh setiausaha politiknya, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Najib turut memuat naik status di laman Twitternya selepas melawat Hadi.
"Menziarahi Tuan Hj Hadi di hospital baru tadi. Moga cepat pulih, Insya-Allah," kata Najib dalam catatan di laman Twitternya.
Memetik laporan Bernama, kunjungan itu difahamkan berlangsung kira-kira 45 minit.
Perdana menteri turut memuatkan sekeping foto beliau bersama bekas Menteri Besar Terengganu itu dalam status berkenaan.



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melawat Hadi petang semalam, kata Shamsuri.
"Anwar semalam, lebih kurang jam 6.15 petang, Najib hari ini, tengah hari tadi," kata Shamsuri ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Hadi kini menjalani pemeriksaan perubatan susulan di IJN selepas tahap kesihatannya dilaporkan terjejas semasa menghadiri satu persidangan di Turki bulan lepas. – 29 Jun, 2014.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga melawat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri) di Institut Jantung Negara petang tadi. – Gambar daripada laman Facebook Hadi.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 10 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Jangan ceroboh tanah Pahang - Al-Sultan Abdullah |' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Puluhan rumah rosak akibat ribut di Perak | BEST F' 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 38 mins ago
A visitor from Peats ridge viewed 'Fahmi umum bertanding jawatan Majli' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jangan ceroboh tanah Pahang - Al-Sultan Abdullah |' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jangan ceroboh tanah Pahang - Al-Sultan Abdullah |' 47 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 52 mins ago
A visitor from Cheras viewed 'Jangan ceroboh tanah Pahang - Al-Sultan Abdullah |' 53 mins ago