Translate

04 June 2014

Kemunculan jutaan kupu-kupu gergasi sejak seminggu lalu di bandar Kuantan menimbulkan banyak tanda tanya

Serangan sembah bumi

Kuantan: Kemunculan jutaan kupu-kupu gergasi sejak seminggu lalu di bandar ini menimbulkan banyak tanda tanya dalam kalangan penduduk di sini dan pelancong luar.
Serangga bersayap ini dilihat sangat aktif pada waktu malam dan sering mengurumuni kawasan yang melimpahkan cahaya lampu amat terang.

Malah, ia turut mengerumuni padang Stadium Darul Makmur ketika perlawanan bola sepak Pahang menentang Johor Darul Takzim dalam saingan separuh akhir Piala FA Jumaat lalu.
Profesor Entomogi Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia Profesor Che Salmah Mat Rawi berkata, serangga 'misteri' ini dikenali dengan nama saintifiknya Lyssa Zampa Docile.
Beliau berkata pelbagai teori boleh dikaitkan dengan kemunculan kupu-kupu termasuk faktor perubahan cuaca yang menyebabkan peningkatan mendadak serangga itu di bandar ini.
Lazimnya, serangga ini mendiami kawasan tanah tinggi, tetapi ada kemungkinan ia boleh didapati dengan banyak di kawasan penanaman atau kawasan pembangunan terutama pada Mei hingga Ogos setiap tahun.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED