A new-born baby was dumped in a box in Kampung Gajah Mati, Bachok at dawn today
.
.
A baby boy, believed to be about a week old, was found in a box in front of a shop house at Kampung Gajah Mati, Tawang here today.
Bachok police management division head, ASP Azmi Mokhtar, said the baby, with the umbilical cord still intact, was found by the owner of the shop house, Seman Salleh, 68, and wife, Zuraini Abdul Wahab, 43, at about 5.30 am.
The couple then lodged a report at the Tawang police station here.
He said the baby had been sent to Universiti Sains Malaysia Hospital (HUSM) in Kubang Kerian for observation.-- BERNAMA
BACHOK 7 Jun - Seorang bayi yang dipercayai baru seminggu dilahirkan ditemui ditinggalkan di dalam sebuah kotak di hadapan pintu sebuah rumah di Kampung Gajah Mati di sini, awal pagi ini.
Bayi yang lengkap berpakaian itu ditemui oleh sepasang suami isteri yang terkejut mendengar bunyi tangisan ketika bangun untuk solat Subuh, kira-kira pukul 5.30 pagi.
Zuraini Abd. Wahab, 41, berkata, dia mencari-cari bunyi tangisan itu dan kemudian mengejutkan suaminya, Seman Salleh, 68, apabila yakin datangnya dari arah hadapan rumah mereka.
"Sebaik sahaja suami membuka pintu, mereka melihat bayi tersebut di dalam sebuah kotak bersama 10 keping lampin pakai buang. Hasil pemeriksaan, bayi itu berusia kira-kira seminggu berdasarkan keadaan tali pusat yang masih belum tertanggal.
"Berdasarkan keadaan tali pusat itu, saya yakin bayi tersebut tidak dilahirkan di hospital," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Seman berkata, tidak lama selepas itu, terdapat seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an menaiki sebuah motor berwarna hijau dan melalui hadapan rumahnya dalam keadaan yang mencurigakan.
"Saya lihat, dia seperti memandang di lokasi saya menemukan kotak terbabit. Apabila melepasi rumah, dia berpusing balik dan melihat kawasan itu sekali lagi.
"Bayi itu sihat dan tiada kesan kecederaan. Saya bersyukur bayi itu ditinggalkan di hadapan rumah berbanding jika dibuang ke dalam tali air berdekatan," katanya.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, bayi tersebut dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk pemeriksaan lanjut.
"Pemeriksaan asid deoksiribonukliek (DNA) juga akan dilakukan dan pihak kami akan membuat semakan di klinik kesihatan di kawasan ini bagi mengenal pasti ibu bayi itu," ujarnya.