- Details
- Published on Friday, 04 April 2014 10:25
Setelah hampir empat tahun menduda, vokalis kumpulan OAG, Radhi sah bergelar suami kepada Nur Shahira Ayu Zahiri atau Ayu, dengan sekali lafaz, sekitar jam 10.25 pagi tadi. Majlis ijabkabul kedua mempelai ini telah diadakan di masjid Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Pemilik nama sebenar, Muhammad Radhi Razali, 37, telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Imam, Mohd Firdaus Subhi.
Ayu, 20, yang merupakan seorang model sambilan menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran sebanyak RM30,000.
Sebelum upacara akad nikah, diadakan acara merisik. Kemudian di susuli dengan majlis bertunang. Ayu menerima tiga bentuk cincin iaitu cincin merisik bertunang dan nikah.
Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang. Radhi menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya. Kemudian Ayu pula menyarungkan cincin kepada suaminya.
Radhi memberi 12 dulang hantaran kepada pengantin perempuan berupa tepak sireh, kek, sejadah, beg tangan berserta dompet, produk wangian, produk kecantikan dan sebentuk cincin.
Sebagai balasan, gadis manis berasal dari Kuala Lumpur ini memberikan 14 dulang hantaran kepada pengantin lelaki berupa Al-Quran, sireh junjung, sejadah, buah-buahan, dompet berserta tali pinggan dan cermin mata.
Pasangan mempelai mengenakan busana sedondon berona putih. Radhi segak berbaju Melayu dan Ayu anggun mengenakan baju kurung moden-tradisional.
Majlis yang diadakan serba ringkas tapi dan penuh meriah ini dihadiri seramai kira-kira 100 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai, teman-teman rapat dan para wakil media.
Majlis yang diadakan serba ringkas tapi dan penuh meriah ini dihadiri seramai kira-kira 100 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai, teman-teman rapat dan para wakil media.
Mengimbas detik perkenalan mereka, pasangan ini bertemu ketika Radhi membuat persembahan di pusat beli belah The Curve, Damansara, kira-kira lima tahun lalu. Ketika itu Ayu berusia 15 tahun. Selepas pertemuan itu mereka menjadi akrab sehinggalah kedua-duanya memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih.
Sementara itu majlis resepsi pula bakal diadakan selapas Hari Raya Aidilfitri.
Radhi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Shazlin Sharif, 35, pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia 10 tahun.
Kredit Foto-foto: Faisol Mustafa