Translate

21 April 2014

Isu Shila Amzah berseluar ketat di China, ND Lala jelas hal sebenar

21 Apr – Kontroversi pakaian penyanyi Shila Amzah di program hiburan stesyen televisyen China akhirnya dijawab oleh ND Lala yang merupakan bapa kepada penyanyi ini.
ND Lala menegaskan yang dia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas insiden yang tidak disengajakan itu.
"Timbul masalah pakaian kerana baju yang dibawa telah digunakan untuk persembahan lain dan akan makan masa jika berpatah balik ke hotel dan terpaksa memilih pakaian yang disediakan oleh pihak produksi.
"Seluar yang digayakan Shila ketika itu bukanlah seluar legging seperti yang didakwa, cuma warnanya sahaja yang agak tidak bersesuaian untuk wanita berhijab sepertinya," ujarnya pada sebuah portal hiburan tempatan.

Dalam perkembangan lain, Shila Amzah yang mengadakan sidang akhbar di Menara Kuala Lumpur telah mengesahkan akan mengadakan konsert di Shanghai, China pada 16 Ogos dan kembali semula ke Malaysia pada 13 September untuk menghiburkan peminat di tanah air pula.
Menurut laporan, Shila tidak berniat untuk mengutamakan peminatnya di China berbanding Malaysia kerana mengadakan konsert di sana terlebih dahulu.
"Konsert yang bakal terlaksana ini adalah impian saya dan berjanji akan memberikan persembahan paling istimewa buat peminat di Malaysia," katanya.
Bakal mengundang penyanyi antarabangsa dan berkerjasama bersama Jennifer Thomson dan Helen Yap, Shila dilaporkan bakal menyampaikan lebih 20 buah lagu berbahasa Malaysia, Mandarin dan Inggeris di dalam konsertnya nanti.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED