Translate

30 April 2014

Fazura nafi bermusuh dengan wartawan

Fazura nafi bermusuh dengan wartawan

29 Apr – Pelakon jelita, Nur Fazura menafikan spekulasi yang mengatakan dia memusuhi pihak media apabila memuat naik beberapa status yang dikatakan tidak berpuas hati terhadap wartawan.
"Semuanya bermula kerana dendam. Sebelum ini saya pernah menegur seorang wartawan kerana tersilap ejaan nama bapa saya. Bagaimanapun, selepas itu, perkara ini menjadi lebih besar.
"Bagi saya, jika dia mengambil teguran saya secara positif dan memohon maaf, tentu ramai pihak akan lebih menghormatinya.
"Tetapi saya dapat tahu, kejadian menegur kesalahan itu membuatkan segelintir wartawan tidak berpuas hati dengan saya dan merancang mengenakan saya," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.
Pada masa sama, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin turut menjelaskan mengenai dakwaan kononnya dia bercium di tempat awam.
"Mengenai dakwaan saya bercium itu, saya sekadar bertanya, bercium bagaimana yang wartawan itu maksudkan? Begitupun, jawapan yang diberikan kepada saya sangat tidak menyakinkan dan pelbagai alasan diberi apabila saya bertanyakan mengenai gambar berkenaan."
Jelas Fazura lagi, dia tidak mahu lagi mengulas mengenai perkara itu.
"Secara logik, sebagai orang yang dikenali, takkanlah saya nak buat perkara tidak senonoh sedemikian di depan khalayak ramai."

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'JAKIM does not issue halal certification for beer-' 13 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 1 hr 1 min ago
A visitor from St petersburg viewed 'Tukang cat didenda RM4,000 muat naik video ugut te' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'GARA - GARA TERTEKAN PEDAL MINYAK TEKSI REMPUH BAN' 3 hrs 55 mins ago
A visitor from Cambridge viewed 'One of the two women in the Viral Pictures Noorhai' 5 hrs 41 mins ago
A visitor from St petersburg viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 8 hrs 22 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed 'SAC Normah Ishak is now the new Royal Malaysian Po' 8 hrs 22 mins ago
A visitor from Muscat viewed '15 countries have sent trade deal p' 9 hrs 51 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 12 hrs 7 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 12 hrs 33 mins ago