Translate

22 April 2014

Hanis Husna Kekasih Baru Shahz Jaszle Tertekan Dituduh Perampas


..
Dua hari lalu peminat hiburan tanah air dikejutkan dengan khabar Shah Jazle sudah putus tunang dengan seorang doktor, Redwani Puteri. Malah aktor yang juga dikaitkan dengan kontroversi kes khalwat (yang belum selesai) itu sudah ada kekasih baru, yang dikenali sebagai Hanis Husna.
Lantas bermacam gelaran diberikan terhadap gadis ini termasuklah istilah perampas dan pemusnah kebahagiaan orang lain selepas beliau telah didakwa menjadi punca Shahz Jaszle meninggalkan tunangnya.
Dalam satu kenytaan kepada Harian Metro, Hanis Husna meluahkan rasa sedih beliau terhadap tohmahan orang ramai yang menganggap dirinya sebagai perampas tetapi tidak mengetahui perkara atau cerita sebenar di sebalik hubungan mereka.
“Saya amat sedih apabila kes ini jadi besar dan orang menghentam saya macam-macam tanpa tahu apa yang berlaku antara Shahz dan tunangnya. Memang saya kekasih Shahz tapi selepas dia tiada apa-apa lagi hubungan dengan tunangnya”
“Saya sangat tertekan dituduh perampas (tunangan orang) sedangkan orang (luar) tak tahu cerita sebenar,” kata Hanis Husna.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED