- View PhotoInstagram punca Adam, Fiza bercerai
29 Apr – Pelakon dan penyanyi, Fiza Halim memberitahu bahawa penceraian yang terjadi di antara dia dan Adam adalah berpunca daripada laman sosial Instagram.
Menurut laporan mStar, Fiza yang berusia 33 tahun mendedahkan ianya bermula apabila peminat yang mengikuti laman Instagramnya mempersoalkan mengapa dia tidak memuat naik gambar Adam di laman sosialnya itu.
"Saya dan Adam tidak memuat naik gambar kami di Instagram masing-masing sehingga mencetuskan spekulasi dan perkara ini menjadi bualan kami sehingga tercetusnya pergaduhan,"jelasnya.
Selain itu, Fiza yang bertindak membuang semua gambar bersama Adam adalah kerana terlalu banyak spekulasi mengatakan perkahwinan mereka bermasalah.
Fiza turut menambah yang Instagram cumalah sebahagian daripada punca penceraian dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai penceraiannya dengan Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman.
Dalam pada itu, khabar angin mula bertiup kencang mengatakan hubungan mereka yang dibina sejak tujuh bulan lalu mulai goyah kerana Adam tidak mempunyai pendapatan tetap dan di antara mereka adanya pihak ketiga.
"Ada yang mengatakan Adam tidak ada duit dan tidak mampu untuk membiayai kos perubatan ayah saya yang sedang sakit di Institut Jantung Negara (IJN). Semua itu karut kerana dia turut membantu menghulurkan wang ketika itu," ujar Fiza.
Keputusan bercerai dibuat atas persetujuan bersama dan Fiza sedia menerima Adam kembali sekiranya masih ada jodoh di antara mereka.