Translate

21 April 2014

Kecekapan juruterbang menangani situasi itu berjaya mendarat pesawat MH192 dengan selamat tanpa sebarang kejadian buruk.


Pesawat Malaysian Airline, MAS berdepan situasi cemas apabila mengalami kerosakan ketika dalam penebangan ke destinasi Bangalore. Pesawat MH192 itu membawa 159 penumpang dan 7 anak kapal. Pesawat Boeing 7-800 itu terpaksa berdepan detik cemas selepas salah satu tayarnya pecah. 

Dan ketika melakukan pendaratan sekali lagi juruterbang berdepan kesukaran apabila gear pendaratan juga mengalami masalah. Pasukan kecemasan juga diarah bersedia ketika pesawat itu mendarat.


Bagaimanapun, kecekapan juruterbang menangani situasi itu berjaya mendarat pesawat MH192 dengan selamat tanpa sebarang kejadian buruk. 


Kejadian itu berlaku ketika kehilangan pesawat MH370 masih lagi misteri selepas hilang sejak 8 Mac lalu.







Tindakan juruterbang dan krew penerbangan MH192 yang berjaya melakukan pendaratan cemas di KLIA mendapat pujian Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam memastikan kesemua 166 penumpang dan anak kapal selamat. Sebelum itu, Datuk Seri Hishammuddin bertemu dengan 159 penumpang MH192 di Bangunan Satelit KLIA, sejurus selepas pendaratan pesawat itu.



Tindakan juruterbang pesawat, Kapten Nor Adam Azmi dan pembantu juruterbang, Prakash Kumar dalam menangani situasi cemas itu mendapat penghargaan. Beliau turut menitiskan air mata, ketika Datuk Seri Hishammuddin menyarungkan topi juruterbang ke kepalanya sebagai menghargai tindakan menyelamatkan krew kapal dan penumpang. Dalam pada itu, penumpang juga kagum terhadap kecekapan juruterbang sehingga berjaya menangani situasi itu dengan tenang.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED