Translate

30 April 2014

Ana Dahlia Kesal Gambar Instagram Disebar


Beberapa minggu lalu, gambar Ana Dahlia dengan seorang jejaka yang dipercayai teman lelakinya bercuti di Bangkok, Thailand tersebar di laman sosial. Ana dikhabarkan ke Bangkok bersama teman lelakinya itu dan sama-sama merasakan kemeriahan perayaan Songkran yang disambut di sana.
Ketika itu, GUA cuba menghubungi Ana, namun usaha GUA gagal. Baru-baru ini, GUA berjaya menghubungi Ana, lantas memintanya berkongsi cerita.

“Saya rasa saya tidak perlu cerita apa-apa lagi. Saya letakkan satu sahaja gambar saya bersama lelaki tersebut dalam Instagram saya, gambar-gambar lain, saya tidak tahu macam mana boleh tersiar. Kami bukannya pergi berdua ke sana, kami ke sana berama-ramai.
Mengenai acara Songkran, saya tidak tahu pun acara itu akan disambut ketika saya ke sana. Kawan-kawan saya mengajak saya bercuti ke sana, jadi saya hanya mengikut mereka sahaja dan itu cuma kebetulan. Saya tidak mahu komen apa-apa lagi mengenai perkara ini,” ujar Ana yang turut mengunci mulut mengenai identiti jejaka terbabit.

Ana juga kesal kerana aktiviti-aktiviti yang dikongsikan olehnya bersama untuk tatapan peminat-peminatnya menjadi satu isu yang diperbesarkan.
“Saya selalu berkongsi mengenai aktiviti dan rutin harian saya di Instagram untuk tatapan peminat. Bukan sahaja ketika di Bangkok, tempat lain juga saya kongsi, ketika saya menjalani penggambaran, beriadah dan sebagainya. Saya tidak faham kenapa perkara ini boleh menjadi masalah besar. Saya rasakan tidak baik untuk mengambil gambar di Instagram tanpa bertanya kepada saya terlebih dahulu. Sebelum siarkan sebarang cerita ataupun gambar, apa salahnya jika bertanya dahulu,” luah Ana lagi.
Ana Dahlia Kesal Gambar Instagram Disebar



Mengulas mengenai perkembangan kerjaya, Ana bakal memasuki set penggambaran untuk satu siri drama yang bakal disiarkan di RTM. Mengakui yang dirinya hanya mengambil satu tawaran dalam satu masa, dia mahu fokus dalam menjayakan sesuatu tawaran.

“Saya hanya ambil satu tawaran pada satu masa sahaja. Saya tidak mahu rasa kelam kabut. Jika mengambil dua tawaran atau sebagainya, saya takut masa saya tidak boleh terbahagi dengan baik,” kata Ana lagi.

Dalam perkembangan lain, drama lakonan Ana, 'Mat Cepat' kini disiarkan di saluran TVi. Ana baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bertajuk 'Walau Sedetik Cuma'. Drama terbitan Zeel Production itu bakal bersiaran di saluran TV Al Hijrah.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED