Translate

26 April 2014

Ifa Raziah dapat Mercedes C200 Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan daripada suaminya




Suami Belikan Ifa Raziah Mercedes C200 Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan

..
Pelakon dan penyanyi Ifa Raziah menerima sebuah kereta jenis Mercedes C200 daripada suami Mohd Yani Abdul Rahman sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke-10 pada Khamis lalu.

Memetik kenyataan di mStar online, Ifa, 39, berkata, dia tidak menyangka menerima hadiah tersebut kerana tujuan asalnya ke kedai kereta adalah untuk membeli sebuah kereta keluarga.
"Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan kami ke sepuluh tahun dan tidak sangka suami menghadiahkan saya sebuah kereta Mercedes.
Pada asalnya kami ke kedai kereta adalah untuk membeli kereta keluarga iaitu jenama Hyundai Santa Fe dan tidak sangka dia belikan satu juga untuk saya," katanya.
..
Ifa berkahwin dengan Mohd Yani pada 24 April 2004 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohammad Shakir Aqili yang berusia sembilan tahun.
Manakala dia juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Sharifah Putri Umairah, 15, hasil perkahwinan pertamanya.
Tambah Ifa, ia merupakan hadiah pertama sempena ulang tahun perkahwinan mereka, manakala kereta keduanya.
"Saya bukan jenis yang suka bertukar kereta, dulu suami saya beri hadiah kereta sempena kelahiran anak pertama iaitu sembilan tahun lalu iaitu BMW 3 Series yang saya pakai hingga sekarang," ujarnya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 50 mins ago
A visitor from Reston viewed 'KEJADIAN DI PARKIR KERETA | BEST FBKL' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Reston viewed 'KEJADIAN DI PARKIR KERETA | BEST FBKL' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '"Tidak bangga saya sebagai Perdana Menteri, kalau ' 2 hrs 32 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Presiden Maldives akan lawat Malaysia untuk perkuk' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Perlindungan warga emas berisiko tinggi, KKM tawar' 2 hrs 57 mins ago