Translate

07 April 2014

Pemandu Dalam Keadaan Mabuk Maut Di lokasi Kemalangan

Padah memandu dalam keadaan mabuk. Seorang lelaki berbangsa cina maut selepas kenderaan yang dinaikinya terbabas, dan merempuh pembahagi jalan. Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala mati di tempat kejadian. Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.25 pagi tadi. Kereta yang dipandu mangsa, Lim Thian Soon, 36 tahun dilaporkan dari arah Klang menuju ke Banting. Setibanya di persimpangan jalan, kereta mangsa gagal dikawal. Akibat rempuhan kuat, mangsa terpelanting di tempat duduk sebelah kiri dan kepalanya terhentak pada pembahagi jalan. Pihak bomba mengambil masa kira-kira 5 minit untuk mengeluarkan mayat. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk dibedah siasat.

Popular Posts - Last 7 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED