Translate

12 April 2014

Pekin Ibrahim masih enggan mengulas lanjut mengenai status hubungannya dengan aktres jelita Uqasha Senrose

Pekin Ibrahim enggan ulas tentang Uqasha

9 Apr – Aktor filem "Apokalips X", Pekin Ibrahim masih enggan mengulas lanjut mengenai status hubungannya dengan aktres jelita, Uqasha Senrose yang dilaporkan berantakan sebelum ini dan berharap semua pihak memahami situasi yang dihadapinya ketika ini.
"Sesiapa juga yang bertanya mengenai hubungan saya dengan Uqasha, jawapan saya hanya satu iaitu 'tiada komen'. Ia adalah perkara terakhir yang ingin saya perkatakan buat masa ini," ujarnya seperti dipetik dari mStar.
Enggan membebankan fikirannya dengan perkara remeh, aktor berusia 34 tahun ini menjelaskan dia ingin memberikan sepenuh perhatian kepada kariernya buat masa ini.
"Fokus saya buat masa ini pada kerjaya dan perkara-perkara lain biarlah saya sendiri yang tahu," tambahnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Pekin baru sahaja muncul dengan filem terbarunya, "Apokalips X" yang telah berada di pawagam sejak 3 April lalu dan akan terlibat dengan beberapa projek filem pada masa akan datang.
Antara filem yang menampilkannya pada tahun ini adalah "Rumah Pusaka Di Simpang Jalan", "Vila Nabila" dan "Tujuh".

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED