Translate

03 April 2014

Kilafairy Teruja, Tak Rasa Bersalah Pada Hanez Suraya

Kilafairy Teruja, Tak Rasa Bersalah Pada Hanez Suraya

Kredit foto: Suhaizul IzharKredit foto: Suhaizul Izhar
Pelakon dan penyanyi berbibir seksi, Kilafairy menyifatkan tawaran menjayakan teater komedi, 'Projek Kahwin' yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada Jun depan sebagai rezeki paling besar dan projek paling seriusnya dalam tahun ini.
Meskipun masih baru dalam dunia lakonan, namun anak gadis kepada penyanyi popular 80-an, Rohana Jalil ini teruja apabila ditawarkan membintangi teater terbitan Mask Team Production itu. Menganggap ianya peluang keemasan dan cabaran, lantas tanpa berfikir panjang, Kilafairy terus memberi kata setuju.
"Syukur, rezeki. Saya tak ambil masa lama untuk bersetuju kerana saya memang ingin sekali mendapat peluang sebegini. Sebab di pentas teater inilah saya dapat belajar dan mengasah lagi vokal, bakat lakonan serta tarian dalam satu masa. Boleh dikatakan ini rezeki saya paling besar dan paling serius dalam tahun ini. Lagipun bukan senang nak pijak Istana Budaya, lebih-lebih lagi pelakon baru seperti saya", katanya yang mendapat tawaran menjayakan teater tersebut sejak sebulan lalu.
Memengang watak sebagai Nisa, Kilafairy bakal tampil dalam pementasan teater tersebut mulai 6 Jun hingga 11 Jun 2014. Sementara pelakon Hanez Suraya yang memengang watak yang sama akan beraksi dalam empat pementasan terakhir iaitu pada 12 hingga 14 Jun 2014.
..
Teater 'Projek Kahwin' arahan Muhammad Azri Ali ialah sebuah naskah yang mengupas mengenai isu perkahwinan yang terdapat di Malaysia sama ada dari sudut positif atau negatif.
Selain Kilafairy dan Hanez Suraya, 'Projek Kahwin' turut dibintangi Izzue Islam serta dijayakan barisan pelakon seperti Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad, Zulin Aziz Fazleena Hishamuddin dan Kaka Azraff.
Dalam pada ditanya tidakkah dia berasa bersalah kerana mengantikan tempat Hanez untuk awal-awal pementasan nanti, Kilafairy berkata,
"Saya difahamkan yang Hanez mulanya mahu undur diri dari berlakon dalam teater ini. Kemudian saya pula ditawarkan oleh pihak produksi. Jadi saya tak rasa bersalah. Dan saya pun tidak anggap ia satu beban sebaliknya sebagai cabaran. InsyaAllah saya akan berikan lakonan yang terbaik", katanya yang pertama kali terjun ke pentas teater.
Bahkan sebaik mendapat tawaran, perkara pertama yang difikirkannya ialah dia pastikan akan dibandingkan dengan pelakon pilihan pertama. Kerana itu, dia sudah bersedia mengambil risiko dan menerima apa saja kritikan.
"Saya akui saya masih belum kukuh lagi baik dalam bidang nyanyian mahupun bidang nyanyian. Saya baru tiga tahun dalam industri, masih baru dan banyak lagi yang saya perlu belajar.
"Ini teater saya yang pertama sekaligus percubaan sulung saya. Tak dinafi, orang pasti akan membandingkan saya dengan pelakon utama pilihan pertama iaitu Hanez. Orang boleh menilai menerusi lakonan saya dan saya bersedia menerima apa saja kritikan", tuturnya.
Dalam perkembangan lain, Kilafairy kini sibuk dengan perniagaan butik dan dan dalam masa sama menguruskan studio fotografinya. Selain itu, dia bakal merakamkan single keduanya tidak lama lagi.
- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED