Ashraf Muslim & Wan Sakinah Dapat Anak Perempuan
- Details
- Published on Monday, 07 April 2014 08:33
Melalui laman instagram, isteri kedua Ashraf Muslim memaklumkan berita gembira mengenai kelahiran anak sulung pasangan ini.
Tepat jam 11.50 malam, Sabtu lalu (5 April 2014), Wan Sakinah Ahmad Saburi telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal seberat 2.51 kg.
Melalui mesej bergambar di instagram, Wan Sakinah melahirkan rasa gembira kerana anak nya itu mempunyai 2 orang ibu iaitu seorang lagi, Dayana yang merupakan isteri pertama Ashraf Muslim.
Wan Sakinah merupakan isteri kedua Ashraf Muslim dan pasangan ini pernah menimbulkan kontroversi di negara kita apabila telah bernikah di Thailand pada Julai tahun tanpa pengetahuan isteri pertama, Dayana.