Translate

02 April 2014

Aidil Zafuan Hanya Mampu Bayar Rita Rudaini RM2000 Sebulan

Aidil Zafuan Setakat Mampu Bayar Rita Rudaini RM2000


Kredit: Harian MetroKredit: Harian Metro
Kapten pasukan Harimau Malaya Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, di sini, semalam, dia hanya mampu membayar RM2,000 sebulan kepada bekas isterinya pelakon Rita Rudaini Mokhtar sebagai bayaran nafkah dua anak lelaki mereka.
Menurut Mohamad Aidil Zafuan, jumlah itu diberikan selepas dia keluar dari rumah kelamin mereka di Kota Damansara, dekat sini, pada Januari 2012.
Namun, menurutnya, daripada jumlah RM2,000 itu dia tidak memecahkannya untuk bayaran tertentu kerana terpulang kepada Rita Rudaini untuk menguruskan wang berkenaan.
“Dalam tempoh perkahwinan, saya memberikan RM5,000 untuk bayaran rumah, makan minum dan pengangkutan.
“Tetapi, sejak keluar dari rumah, saya hanya bagi RM2,000 sebulan, selepas ditolak tanggungan rumah (sewa) RM3,000,” katanya ketika menjawab soalan peguam Datuk Mohd Zaid Mohd Zain yang mewakili Rita Rudaini selaku plaintif.
sumber : Harian Metro

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED