Translate

13 February 2014

Wulan Guritno Ada Anak Luar Nikah Dengan Aktor Malaysia?

Wulan Guritno Ada Anak Luar Nikah Dengan Aktor Malaysia?

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
Aktres terkenal Indonesia, Wulan Guritno, dalam diam sebenarnya mempunyai anak luar nikah hasil hubungannya dengan seorang aktor lelaki dari Malaysia.
Selepas bertahun beliau menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan umum, namun rahsianya terbongkar menerusi teman karibnya yang mendedahkan perkara itu berdasar sepucuk surat yang ditulis sendiri oleh Wulan. Dalam surat tersebut Wulan berterus-terang kepada temannya itu tentang perkara sebenar.
Bagaimanapun jangan terkejut kerana itu hanyalah watak lakonan Wulan dalam filem arahan Dato’ Sri Raja Rezza Shah berjudul, 'Pemata Hati'. Wulan memengang watak sebagai Sandra, seorang wanita yang tetap yang tidak begitu mudah mengubah prinsipnya semata-mata kerana lelaki. Namun semuanya berubah selepas dia menjalinkan hubungan sulit dengan hubungan sulit dengan suami orang iaitu lakonan aktor bertubuh sasa, Zul Ariffin.
Antara pelakon lain yang menjakan filem ini seperti Elaine Daly, Elfira Loy, Zoey Rahman,Cahya Rizky, Liza Abdullah, Ziela Jalil, Edika Yusof dan ramai lagi. Filem terbitan Nusantara Gems Sdn Bhd ini masih lagi di dalam proses penambahbaikan sebelum ianya ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan tahun ini.
..
Berpeluang membintangi 'Pemata Hati', Wulan berkata kesempatan itu digunakan untuk melepas rindunya pada Malaysia. Kerana itu, meskipun punya jadual yang padat di Indonesia, Wulan sempat mencuri masa menghadiri Majlis Tayangan Amal DiRaja Permata Hati yang diadakan di Pavillion, malam kelmarin.
"Untuk filem ini, saya tidak jalani penggambaran di Malaysia, semuanya di Jakarta. Tetapi bila saya dapat tahu filemnya akan membuat tayangan awal di Kuala Lumpur, walaupun sibuk saya berkeras mahu ke sini. Saya sendiri rindu sama peminat dan wartawan di Malaysia.
"Saya harap selepas Permata Hati, akan ada lebih banyak projek kerjasama antara Indonesia dan Malaysia. Atau mungkin saya boleh bawa rakan pelakon di Malaysia untuk melibatkan diri dalam industri perfileman di Indonesia. Supaya filemnya boleh ditayang di sini dan juga di Indonesia. Lebih baik tayang di dua tempat kerana duit lebih banyak masuk", katanya kepada pihak media.
Tahun lalu Wulan pernah diundang sebagai juri program 'Maharaja Lawak Mega 2012'. Walaupun pada ketika itu nama sedikit asing di Malaysia namun penampilannya yang sentiasa kelihatan cantik dan sering memberikan pendapat bernas sewaktu menjadi juri mula menarik perhatian peminat tempatan.
Dalam perkembangan lain, selain bakal muncul menerusi sebuah filem ala Fast & Furious versi Indonesia, Wulan juga akan sibuk di lokasi penggambaran sebuah dan filem yang diadaptasikan dari sebuah novel berjudul '360 Detik'.
- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED