Translate

13 February 2014

Hasrat Liyana Jasmay Nak Buat Majlis 'Baby Shower' Dihalang


Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
Bakal bergelar dalam masa kira-kira tiga bulan saja lagi, aktres juga penyanyi Liyana Jasmay berkata dia sangat berdebar tetapi pada masa sama teruja mahu menerima kehadiran orang baru dalam keluarganya. Segala persiapan untuk menyambut kelahiran anak sulung telah pun dibuat.
"Alhamdulillah, saya dan segala persiapan hampir sempurna. Untuk baju-baju baby, saya lebih suka beli melalui online. Sebab lebih murah lagipun cantik-cantik juga. Tak sangka baju bayi mahal juga ya. Suami saya selalu berpesan suruh saya berjimat (gelak).
"Ada juga baju bayi yang saya beli di London. Kebetulan ibu mertua saya ke sana baru-baru ini, jadi saya kirim pada dia belikan baju-baju baby. Kalau di sana harga lebih murah. Sekarang ni tinggal nak beli stroller saja", kata Liyana Jasmay kini hamil 27 minggu (hampir tujuh bulan).
Liyana ditemui pada pelancaran single lagu 'Bangun' sempena kempen Nescafe on Sam, bertempat di Talent Lounge, PJ Trade, Damansara Perdana, semalam. Menerusi single tersebut.Liyana terlibat sebagai pasangan duet kepada pelakon Shaheizy Sam.
Berkongsi lebih lanjut mengenai persiapannya Liyana memberitahu akan mengadakan majlis doa selamat sekaligus majlis lenggang perut pada 5 April depan.
"Sebenarnya saya teringin nak buat baby shower, tapi telah dihalang oleh keluarga (gelak). Jadi kita tukar, daripada buat baby shower, keluarga saya rancang nak buat majlis doa selamat sekali dengan majlis lenggang perut.
"Kebetulan kakak saya yang kedua sekarang ini pun sedang mengandung dan dijangka bersalin 3 minggu selepas saya bersalin. Jadi kita adakanlah majlis doa selamat serentak, untuk saya dan kakak saya.
"InsyaAllah, pada majlis tu nanti baru saya akan umumkan jantina anak saya. Saja nak bagi kejutan.", katanya yang enggan berkongsi dengan pihak media mengenai jantina anaknya buat masa ini.
..
Sama seperti kebanyakan ibu hamil, Liyana juga mengalami kenaikan berat badan, tetapi tidaklah terlalu ketara. Cuma seperkara yang agak menghairankan pelakon filem 'Papadom' ini ialah wajahnya ditumbuhi banyak jerawat.
"Saya naik 8kg. Sekarang berat saya 51kg. Nafsu makan boleh tahan juga... Selain tu muka saya ditumguhi banyak jerawat sepanjang mengandung ni. Mungkin juga disebabkan hormon. Kadang-kadang tu saya sampai malas nak tengok cermin sebab banyak jerawat kat muka.
"Dalam keadaan begini, saya tak boleh pula ambil ubat jerawat sebab bimbang keselamatan baby, jadi saya biarkan lah. Saya hanya gunakan pencuci muka yang berasaskan dari bahan organik saja. Apa nak buatkan, tak apalah...", katanya sambil tersenyum.
Liyana dijangka bersalin pada pertengahan April di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur. Kemudian dia akan berpantang di rumah ibunya di Taman Melawati sebelum mengikut semula suaminya pulang ke Sabah.
Mengenai perancangan selepas bersalin, Liyana berkata dia akan kembali aktif dengan beberapa projek terbitan produksinya, Mermaid Studios. Disamping mengkuti beberapa promosi filem lakonanya yang bakal ditayangkan seperti 'Sindiket' dan 'Isyarat Cinta'.
"Lepas habis berpantang, saya akan kembali aktif semula. Tapi awal-awal tu mungkin saya akan ikut mempromosikan filem dan juga menumpukan perhatian pada beberapa projek terbitan produksi saya. Kalau jalani penggambaran, saya tengok juga, sekiranya kalau satu, satu cerita tu saya suka, baru saya akan terima.
"Tapi kalau masuk studio rakaman lagu, saya memang nak buat. Lagipun rakaman tak ambil masa lama sangat berbanding penggambaran", katanya yang mahu memberi tumpuan lebih pada keluarganya selepas berstatus seorang ibu nanti.

-mD


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED