Translate

19 February 2014

Pegawai Bank Maut, Kekasih Diburu

Pegawai Bank Maut, Kekasih Diburu

Polis menyita rumah yang mana seorang wanita ditemui cedera parah di kepala dipercayai dipukul oleh teman lelakinya di Lagoon Perdana, Bandar Sunway, kelmarin. Mangsa meninggal dunia di PPUM, Petaling Jaya, semalam./Pic:Utusan MalaysiaPolis menyita rumah yang mana seorang wanita ditemui cedera parah di kepala dipercayai dipukul oleh teman lelakinya di Lagoon Perdana, Bandar Sunway, kelmarin. Mangsa meninggal dunia di PPUM, Petaling Jaya, semalam./Pic:Utusan MalaysiaKUALA LUMPUR: Seorang pekerja wanita sebuah pusat panggilan bank di ibu negara maut akibat dipukul di kepala dipercayai dilakukan oleh teman lelakinya di sebuah rumah di Lagoon Perdana, Bandar Sunway, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mangsa, Pakizah Raja Khan, 27, disahkan meninggal dunia pada pukul 1.41 pagi ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) setelah dihantar untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital berkenaan.
"Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam semalam, ibu mangsa yang tinggal di Kajang menerima panggilan daripada seorang lelaki yang meminta dia ke sebuah rumah di Lagoon Perdana.
"Setibanya di rumah berkenaan, ibu mangsa mendapati anak perempuannya itu meronta-ronta kesakitan serta berdarah di bahagian kepala dan muka.
"Mangsa yang dipercayai mengalami keretakan tengkorak sebelah kiri dikejarkan ke hospital dengan ambulans tetapi disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Yahaya berkata, ekoran itu, ibu mangsa membuat laporan di Pondok Polis PPUM kerana mengesyaki anaknya tersebut telah dipukul kerana terdapat kesan luka baharu dan lama di badan mangsa.
"Pihak polis kini sedang mengesan teman lelaki mangsa yang dipercayai terlibat dalam kejadian ini dan pemeriksaan di rumah suspek mendapati dia telah meninggalkan rumah itu," ujarnya.

- Utusan Online

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Parkson Exits from Maju Junction, as SOGO remains ' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Local Telegram Group "V2K" spreading women's photo' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelajar Maut, Rakan Parah Dalam Kemalangan Kereta ' 21 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'NRES buka 10 kertas siasatan aktiviti seludup hidu' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Kajang viewed '8 Rumah Terbakar, 31 Mangsa Tinggal Sehelai Seping' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Papagomo Mohon Maaf Kepada KPN | BEST FBKL' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Empat termasuk seorang Datuk Seri ditahan kemuka t' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu e-Hailing Minta Remaja Perempuan Buka Tudu' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Klang viewed 'Pemandu e-Hailing Minta Remaja Perempuan Buka Tudu' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 32 mins ago