Translate

19 February 2014

Norish Karman Belum Terfikir Cari Pengganti

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
Sejak bergelar ibu tunggal kira-kira 6 tahun lalu, sehingga kini dramatis popular Norish Karman memberitahu beliau belum terfikir lagi mahu mencari pengganti.
Sebaliknya, tumpuan pelakon filem 'Sayang Salmah' kini diberi sepenuh perhatian kepada anak-anak juga, kerjaya dan perniagaannya.
Begitupun dedah Norish atau nama sebenarnya Nor’asikin Karman, 39, beliau ada didekati beberapa lelaki malahan baru-baru ini ada juga pihak yang menghantar rombongan untuk meminangnya. Namun pinangan tersebut ditolak secara baik.
"Ada yang mendekati saya, ramai. Ada juga yang hantar ibu bapa masuk meminang saya. Tapi saya menolak dengan baik kerana buat masa ini saya terlalu sibuk dengan kerjaya dan juga anak-anak", katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2013) bertempat di Hotel Royal Chulan, semalam.
Sebagai seorang wanita, bohong kalau mengatakan beliau tidak sunyi. Tetapi dengan adanya anak-anak di sisi, Norish cukup bahagia menjalani kehidupannya.
Namun ada ketikanya kata Norish, anak-anaknya juga sering mengusik sekaligus menggalakkannya agar keluar temujanji.
"Alhamdulillah. Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Saya pun dah kembali aktif menyanyi sambil menguruskan perniagaan katering saya. Anak-anak saya sangat menyokong saya dan mereka juga banyak membantu saya.
"Tapi kadang-kadang tu anak juga ada bertanya kepada saya, tidakkah saya mahu mencari pengganti. Kadang-kadang mereka menyuruh saya keluar dating", katanya sambil tersenyum.
Tambah Norish, senandai satu hari nanti beliau berkahwin, beliau mahu memastikan dulu bakal suaminya itu benar-benar menyayangi diri beliau jua anak-anaknya.
"Saya boleh kahwin dengan sesiapa sahaja tetapi asalkan lelaki yang ikhlas menerima saya dan anak-anak saya", katanya.
Norish pernah berkahwin dengan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 63 pada 11 Januari 1998 di Perlis dan pasangan itu bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 15 Julai 2008.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad Haqiem Armany, 14, Muhammad Hardy Amieran, 10, Putri Hany Amanda, 9. dan Haq Lutfie Alexander


- mD












Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED