Translate

19 February 2014

Amy Mastura Tak Kisah Dilabel Selekeh


Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
Meskipun jarang-jarang muncul baik di kaca TV mahupun di acara-acara hiburan tempatan, namun dikalangan artis bernama besar lain, pelakon dan penyanyi Amy Mastura masih diingati ramai sehingga kini.
Bertemu heroin filem 'Puteri Impian' ini di majlis sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2013), semalam, Amy Mastura berkata beliau bersyukur walaupun kemunculannya tidak sekerap dulu namun dia masih menjadi pilihan.
Jika tidak masakan beliau diberi tanggungjawab besar mengendalikan anugerah berprestij, ABPBH2013. Amy akan bergandingan dengan pengacara popular Fara Fauzana pada malam kemuncaknya anugerah yang akan berlangsung di Arena All Stars, Genting Highland pada 6 April depan.
"Alhamdulillah, saya ni bukanlah artis bernama besar. Tapi saya tetap ada di kalangan artis-artis yang bernama besar. Masih rama yan mengingati saya", katanya merendah diri.
"Setelah bertahun-tahun tidak mengacara, saya diberi kepercayaan untuk mengendalikan sebuah acara besar dan memang di nanti-nantikan. Saya terima kerana saya ingin mencuba. Tapi dalam kegembiraan, saya ada rasa tanggungjawab yan berat.
"Sebelum ni kira-kira 15 tahun lalu saya pernah mengacarakan anugerah Juara lalu dan ini kali pertama saya mengacarakan ABP", tuturnya yang sekaligus berjanji akan memberikan komitmen sebaik mungkin pada malam tersebut.
ABPBH 2013 turut mengumumkan Awal Ashaari dan Didie Alias sebagai pengacara 'Karpet Merah' manakala pereka fesyen, Jovian Mandagie dan Nora Danish bertanggungjawab sebagai 'Pengkritik Fesyen' pada malam tersebut.
Selain itu, antara nama-nama besar yang akan menyampiaikan trofi seperti Aaron Aziz, Erra Fazira, Fizz Fairuz, Hisyam Hamid, Irma Hasmie, Jasmin Hamid, Keith Foo, Mizz Nina, Lana Nordin dan Norish Karman. Manakala persembahan pada malam itu akan diserikan oleh Adira, Alyah, Black, Forteen, En. Mimpi, Liza Hanim, Nomad, Nora dan Siti Sarah.
..
Sementara itu diminta mengulas mengenai imej dirinya, Amy berkata beliau cukup selesa mengamalkan cara hidup yang releks dan low profil. Berbeza ddengan selebriti lain yang sanat menjaa penampilan terutama dikhalayak, namun kata Amy, beliau lebih selesa dengan imej yang santai dan jarang-jarang bergaya. 
Bagaimanapun ada yang beranggapan imej santai Amy itu menampakkan beliau seorang yang selekeh.
"Sejak dari dulu lagi saya ni suka gaya yang releks. Sebagai contoh kalau keluar rumah, saya ni jenis simple, cukup dengan hanya mengenakan baju-T. Saya jarang nak bergaya.
"Kalau ada peminat yang pernah nampak saya diluar dan mungkin berpendapat gaya saya ni nampak selekeh, saya tak kisah. Sebab saya memang begitu, saya selesa. Mungkin juga hari tu saya tak sempat bersiap cantik-cantik, jadi konsepnya, 'tak sempat', jelasnya.
Dalam pada itu Amy jua memberitahu, selain menguruskan keluarga, sekiranya ada tawaran yang sesuai, dia akan menerimanya sebagai mengubat rindu pada kerjaya seni. Bahkan Amy kini dalam perancangan untuk melancar single terbarunya tidak lama lagi.

- mD





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED