Translate

04 February 2014

Isu Seksi: Saya Hanya Mahu Jadi Diri Sendiri - Sakinah

Isu Seksi: Saya Hanya Mahu Jadi Diri Sendiri - Sakinah

..
Sebelum ini dia pernah mencetuskan beberapa kontroversi dan yang terbaharu, namanya kembali panas ekoran isu sekeping gambar yang diambil oleh jurulatih peribadinya yang menampakkan Sharifah Sakinah mengenakan pakaian renang jenis two-piece sewaktu bercuti di Dubai beberapa bulan lalu.
Bercakap kepada akhbar Kosmo! hari ini, pelakon ini berkata bahawa dia masih ingat hukum hakam agama dan bukan sengaja memuat naik gambar tersebut untuk meraih sebarang publisiti.
"Sebagai seorang Islam, saya masih tahu tentang hukum agama. Saya turut sedar mengenai larangan mendedahkan aurat. Tetapi, saya hanya menjadi diri saya. Saya tidak memuat naik gambar-gambar tersebut kerana mahukan publisiti. Saya langsung tidak meletakkan sebarang kapsyen provokasi pada setiap gambar.
Tambah adik kepada pelakon dan pelawak, Sharifah Shahira ini, dia hanya mahu menjadi dirinya sendiri.
"Saya berlakon kerana minat dan saya bergiat aktif dalam bidang kesihatan juga kerana minat. Bagi saya, jika setiap benda yang dilakukan itu dipandang positif, maka tiada sebarang tanggapan buruk yang akan dikeluarkan.
"Saya akan meneruskan apa yang saya lakukan sekarang dan cuba menjadi diri sendiri. Sejujurnya, saya akan memperbaiki diri saya berperingkat dan lebih berhati-hati dengan apa yang saya kongsikan", katanya.

sumber : Kosmo!


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED